Ahad, 4 Mei 2008
Tup-tap,tup-tap akhirnya final test yang kuhadapi berlabuh jua. Kalau diikutkan sememangnya penat…penat dalam menelaah buku-buku , telaah soalan-soalan past year, buat nota kaki dan sebagainya. Tujuannya tak lain, untuk mendapat pemahaman dalam pembelajaran yang dihuraikan dengan panjang oleh lecturer sebelumnya. Akhir sekali bawa keluar pemahaman itu untuk dijawab dalam kertas peperiksaan.
Nampak mudah tapi perlukan usaha yang berterusan sehingga kejayaan yang diingini tercipta hanya dengan izin Allah. Akhirnya kali ini ..ana berasa sedikit ruang terbuka …bebas dalam erti kata untuk membuat aktiviti apa-apa sahaja yang ana minati…selagi tidak melanggar syarak…Lagipun..cuti yang panjang selepas final ini sememangnya patut diisi dengan perkara berfaedah.
Hakikatnya, sebelum test ini lagi pelbagai perkara yang ana impikan untuk dilakukan . Berikut adalah catatan apa yang ana sendiri mahu lakukan untuk cuti panjang ini.
–membaca banyak bahan ilmiah
–membuat jurnal
–berniaga (sekiranya diizinkan oleh mak-ayah)
–mencari link rakan niaga
–pelajari ilmu perubatan Jawi
–belajar menggunakan perisian komputer
”Tahun adalah pohon,bulan adalah cabang-cabangnya, hari adalah ranting-rantingnya, waktu adalah daun-daunnya dan nafas adalah buah-buhannya. Sesiapa yang setiap nafasnya dapat mentaati Allah, maka buah pohon (kehidupannya) baik”.
(Ibn al-Qayyim)
Buat masa sekarang ini boleh dikatakan ianya satu perancangan. Belum ada ketetapan tentang mana yang harus ditumpukan Rakan-rakan sekalian bagaimana? Sudah merancang sesuatu tindakan atau belum? Seeloknya rancanglah terlebih dahulu. Kemudian perincikan. Merancang bukanlah dengan menggunakan minda dan akal semata-mata tetapi perlulah mempunyai catatan bertulis. Ianya adalah bagi memastikan bahawa apa yang kita rancangkan tidak tersasar jauh dan kita sendiri dapat mengingatkannya kembali di kala kita terlupa . Target mudah dicapai dan masa tidak banyak terbuang.
Setelah dirancang, maka eloklah pula sesuatu yang dirancangkan itu diperincikan dengan sebaik-baiknya. Perincikan segala yang berkaitan dengannya. Apa perlunya ia diperincikan ini? Menurut Ahmad Fadzli Yusof & Arazak A.Mutalib daripada bukunya, PDA untuk mengurus masa, memperincikan ini lebih kepada menyusun keutamaan, mengagihkan tugas dan beberapa proses yang lain.
Ada kalanya ia sukar dan rumit diselesaikan tetapi apa salahnya untuk direnung sebentar tentang perincian itu tadi. Fikirkan yang mana harus diutamakan terlebih dahulu. Utamakan terlebih dahulu yang mana perlu disegerakan. Tetapi pokok pangkal utamanya dalam hal ini adalah yang mana lebih utama dan wajib disegerakan. Itulah yang lebih baik dari yang diutamakan tadi.
Ibn al-Qayyim ada menyebut,”Tahun adalah pohon,bulan adalah cabang-cabangnya, hari adalah ranting-rantingnya, waktu adalah daun-daunnya dan nafas adalah buah-buhannya. Sesiapa yang setiap nafasnya dapat mentaati Allah, maka buah pohon (kehidupannya) baik”.
Sebagai umat Islam, adalah wajib untuk kita mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan, samada melalui niat, percakapan dan perbuatan. Begitu juga perihalnya mengenai masa. Masa jikalau digunakan bersungguh-sungguh di tempat yang betul dan ditambah pula dengan mendapat keberkatan dari Allah, maka sudah pasti masa itu berlalu dengan memeberikan hasil yang menakjubkan umpama seperti seketul emas yang permukaannya bersinar-sinar . Sebaliknya, jika masa itu tidak dimanfaatkan sebaiknya, maka masa itu hanyalah berlalu tanpa apa-apa manfaat umpama lalang yang ditiup angin.
Jadi,rakan-rakan sekalian, eloklah benar supaya masa yang ada sekarang ini dirancang dengan sebaik-baiknya. Jadilah diri kita orang-orang yang berguna untuk umat yang akan datang. Mereka semua sedang menunggu ’khalifah-khalifah’ seperti kalian.



/
/




"Muka Bumi dan Alam Ini ALLAH ciptakan dengan penuh kebaikan pada Manusia. Maka Mengapa Kita Pula Tidak Melakukan Kebaikan dan Sebaliknya Merosakkan?"
(TEPUK DADA TANYA IMAN)



