Petang itu epul dan aku baru sahaja lepas daripada menunaikan solat asar. Kami melangkah keluar daripada masjid dan mula hendak balik ke rumah sewa kami. Kalau diikutkan sudah seminggu final test kami sudah berlalu. Sepatutnyalah kami pulang ke halaman kampung masing-masing. Patutnyalah kami rileks dan goyang kaki di rumah. Tetapi, bagi saya sendiri, hal ini ternyata membazir masa. Kalau ada kerja yang hendak dibuat di kampung, sudah tentu saya balik. Ternyata ada beberapa sebab saya sendiri tidak pulang ke rumah.
Pertamanya, saya sendiri hendak menghabiskan bacaan buku yang saya beli di kedai dan ekspo buku. Ternyata sudah, masih banyak buku yang belum habis dibaca. Jikalau balik ke rumah pun, belum tentu buku-buku yang saya beli itu dibaca. Bukan apa, tetapi kerana suasananya yang ternyata berbeza. Di rumah, saya lebih terasa sunyi, sunyi disebabkan oleh tiadanya rakan –rakan yang dapat ditemubual memandangkan kedudukan rumah yang terlalu jauh daripada rumah rakan-rakan ana yang lain. Di sini keadaannya berbeza. Rakan-rakan duduk sebumbung dalam rumah dan keadaan ini membolehkan saya untuk lebih berinteraksi dan bertukar pandangan dalam usaha menyebarkan dakwah dan merapatkan ukhwah yang sedia terjalin.
Keduanya, saya mahu mencari pengalaman dengan berniaga.. Rancangannya ada tetapi masih belum tentu untuk dilaksanakan. Ini memandangkan banyak masa saya adalah dipertaruhkan untuk melakukan kerja-kerja menyampaikan mesej di blogger dan juga membaca bahan ilmiah. Tetapi, itu bukan penamat untuk saya berniaga . Usaha saya untuk ini sahaja masih berjalan. Baru-baru ini, pihak kerajaan sendiri mengadakan pameran makan halal di PWTC yang dipanggil MIHAS. Jadi, bagi saya , ini adalah satu peluang bagi diri saya untuk menerokai lebih banyak peluang dalam berniaga.
Mana-mana siswa dan siswi yang masih ada di KL ini, saya sarankan agar mengambil peluang mengunjungi pameran ini. Saya tidak mengatakannya ianya penting bagi siswa siswi sekalian, tetapi ia adalah lebih kepada untuk menambah pemahaman tentang alam perniagaan (dalam konteks perniagaan makanan halal). Jadi, prospek ini tidak boleh diabaikan sama sekali.
Jika kita imbas kembali kehidupan Rasulullah sendiri, Rasulullah S.A.W juga turut berniaga bersama-sama dengan isterinya, Siti Khadijah. Malah dalam sabdanya juga mengatakan bahawa 9/10 hasil adalah datangnya daripada perniagaan. Jadi, mengapa saudara-saudari tidak memanfaatkan peluang sebegini? Wajarkah ia dikatakan sebagai tidak bermanfaat dan menguntungkan?
Ketiganya adalah saya begitu tertarik dengan banyak tempat yang boleh dilawati di KL . Sebagai contoh, saya berpeluang melihat suasana sekitar tasik titiwangsa, melawat pasar seni, melawat kedai-kedai buku di Jalan Tuanku Abd. Rahman, melawat putrajaya dan sebagainya. Melawat-melawat ini memang menyerokkan sekiranya adanya teman dan rakan-rakan di sisi.
Tetapi bagi saya, seorang dua rakan sudah cukup. Apa yang lebih saya utamakan adalah sesuatu tempat yang saya lawati itu dapat diambil untuk dijadikan kenangan dan bahan tambahan untuk artikel saya. Beberapa bingkaian ’snapshot’ samada abstrak mahupun potrait yang melalui lensa kamera digital saya akan saya ambil untuk simpanan dan juga buat tatapan saudara-saudari sekalian di dalam blogger azamtekad.wordpress. com. Insya’Allah…


/
/




"Muka Bumi dan Alam Ini ALLAH ciptakan dengan penuh kebaikan pada Manusia. Maka Mengapa Kita Pula Tidak Melakukan Kebaikan dan Sebaliknya Merosakkan?"
(TEPUK DADA TANYA IMAN)



