Salam perkenalan kepada sahabat-sahabat sekalian. Ini adalah kali pertama saya menyumbangkan diri untuk mengulas sedikit sebanyak buku-buku yang pernah saya baca. Sehingga kini, kebanyakan buku-buku yang saya ulas masih baru dan masih ada di dalam pasaran. Buku-buku yang saya ulas ini mempunyai pelbagai latar belakang penerbitnya seperti PTS, Serambi, Telaga biru, Pustaka Darul Nu’Man, Al-Hidayah, Wira Bukit dan sebagainya. Harapan saya sebagai penulis blog di sini adalah agar dapat mewujudkan jaringan ’blogger’ pembaca artikel dan juga pembaca buku yang seramai yang mungkin. Ini adalah bagi memastikan kesinambungan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas dapat dicapai. Insya’Allah.
Buku : Kunci Kejayaan MINDA
Penulis : Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni
Terbitan : Telaga Biru
Buku hasil penulisan Dr’ Aidh Abdullah Al-Qarni ini sememangnya menarik untuk dibaca dan sangat baik untuk dimiliki oleh setiap mereka yang inginkan matlamat dan niat mereka tercapai selari dengan kejayaan –kejayaan yang dibawa oleh umat-umat islam yang terdahulu. Selain itu, kandungannya tidak hanya untuk dijadikan sebagai panduan kepada diri, tetapi ia juga turut boleh dijadikan sebagai panduan kepada para dai’e dalam menyampaikan dakwah dalam bentuk pemahaman yang ringkas dan padat mengenai perjuangan dan ketabahan para sahabat, tabi’n dalam membawa dan menyampaikan risalah islam di serata pelusuk alam.
Jika dilihat dari kandungannya, Dr’ Aidh telah membahagikan kunci ataupun tips dalam mencapai kejayaan minda kepada 33 bahagian yang merangkumi
-Guru -Pendakwah
-Ibu Bapa -Mufti
-Pelajar -Pengurus
-Penulis -Penasihat
-Cendekiawan
Maklumat dan keterangan yang lebih mengenai buku ini boleh anda perolehi melalui www.telagabiru.net.my.
Buku ini adalah berkisar kepada mutiara kata yang hebat
bersambung…..



/
/




"Muka Bumi dan Alam Ini ALLAH ciptakan dengan penuh kebaikan pada Manusia. Maka Mengapa Kita Pula Tidak Melakukan Kebaikan dan Sebaliknya Merosakkan?"
(TEPUK DADA TANYA IMAN)




Insya’Allah…lepas ni ana akan adakan ruangan ulat buku pulak pada bulan depan…just klick on the ULAT BUKU