Diambil dari: Harakahdaily.net
KOTA BHARU, 10 Ogos (Hrkh) – Bandar raya berkembar antara Kota Bharu dengan Kasoaka, Jepun yang diisytiharkan 10 tahun lalu, kini semakin erat.
|
|
|
|
|
|
|
|
? Dan baru-baru ini seramai 14 pelajar dan empat guru dari bandar raya itu mengunjungi Kota Bharu untukmelawat sambil belajar.
Kedatangan pelajar dari tujuh sekolah menengah di Bandar Raya Kasoaka selama dua hari itu ditaja Syarikat Rohn Wako milik rakyat Jepun yang beroperasi di Pengkalan Chepa.
Rombongan tersebut mengunjungi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Maahad Muhammadi Perempuan dan Kilang Rohn Wako di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa.
Pada hari kedua pula mereka dibawa melawat keindahan alam semulajadi di? Pantai Irama, Bachok dan Air Terjun Jeram Pasu di Pasir Puteh.
Kehadiran mereka diraikan Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, lawatan rombongan pelajar Jepun ke MPKB-BRI amat dialu-alukan.
“Pelajar-pelajar terbabit sangat bertuah kerana telah dipilih dan ditaja?Syarikat Rohn Wako untuk melawat? Kelantan.
“Dari segi sejarah bandar Kota Bharu merupakan tempat pendaratan pertama tentera Jepun di Tanah Melayu kira-kira 58 tahun lalu ketika menduduki Tanah Melayu,” katanya.
Oleh itu beliau berharap lawatan tersebut?dapat memtingkatkan hubungan dua hala di antara MPKB-BRI dan Bandar Raya Kasoaka.
Menurutnya, MPKB-BRI berterima kasih di atas lawatan Presiden Rohn Wako dan pelajar-pelajar ke Kota Bharu dan berharap persahabatan antara kedua-dua bandar tersebut terus berkekalan.
Pada tahun hadapan genap 10 tahun perhubungan antara Bandar Kota Bharu dengan Bandar Raya Kasoaka sebagai Bandar Raya Berkembar.
Shafei juga berharap pelajar tersebut dapat menjadi?’duta kecil’ kepada Kelantan bagi menyampaikan keindahannya kepada rakan mereka di Kasoaka. – mj ? _
PS: kalau dah macam nie halnya,Insya’Allah Kelantan akn terus bertambah maju di bawah pemerintahan Ulama. Moga-moga kita yang Melayu Islam ini akan terus berdaya saing dan dapat melebarkan lagi ukhwah dan dakwah di seantero dunia..Syabas TOK GURU!!


/
/




"Muka Bumi dan Alam Ini ALLAH ciptakan dengan penuh kebaikan pada Manusia. Maka Mengapa Kita Pula Tidak Melakukan Kebaikan dan Sebaliknya Merosakkan?"
(TEPUK DADA TANYA IMAN)



