Buku: Senjata Orang Mukmin
Terbitan: Karya Bestari, 2008
Penulis: Abu Ruwais Al-Syubrawi
Buku ini adalah sebuah buku yang lebih berorientasikan kepada pengamalan seorang muslim dalam kehidupannya seharian sebagai seorang yang beragama Islam. Di dalamnya tersemat banyak panduan dan amalan yang sepatutnya daiamalkan oleh umat islam masa kini. Antaranya ialah adab berzikir dan berdoa, zikir dan doa di rumah, zikir ibadah solat, zikir pagi dan petang, zikir ibadah puasa, zikir ibadah haji dan juga doa harian.
Bagi saya, buku ini sememangnya patut ada di tangan setiap remaja Islam kini memandangkan ramai pemuda pemudi sudah kehilangan senjata mukminnya, terutamanya doa . Apa yang boleh dilihat daripada banyak-banyak sekalian pemuda pemudi di zaman ini ialah mereka banyak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti keduniaan , sehinggakan lupa untuk mengabdikan diri dengan sepenuh hati pada Khaliq alam ini. Jadi adalah tidak menghairankan apabila ada sahaja pemuda pemudi apabila selesai saja sembahyang wajib mereka, mereka terus keluar dari masjid atau surau tanpa berdoa terlebih dahulu memohon keredhaan-Nya.
pemuda pemudi di zaman ini banyak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti keduniaan , sehinggakan lupa untuk mengabdikan diri dengan sepenuh hati pada Khaliq alam ini.
Akan tetapi, hal ini ternyata merugikan bagi diri mereka kerana doa di kala ketika itulah adalah doa yang paling didengari oleh Allah. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad ( Semoga Allah merahmati baginda dan keluarganya) pernah ditanya : Doa manakah yang paling didengari (diterima)? Jawab baginda: Doa pada akhir malam dan setelah solat fardhu.1
Jika diselidiki dan dimengerti kan akan gejala negatif yang ada pada pemuda pemudi muslim ini, Hal ini tentunya disebabkan oleh terpukaunya mereka dengan gaya hidup yang semakin bebas dan teknologi yang tidak mengenal batas sehinggakan sukar membezakan antara hak dan batil. Keadaan ini jika dibiarkan akan merebaknya gejala sosial yang tidak diingini, antaranya sumbang mahram, penzinaan, homoseksual, rogol malah ada yang lebih dari itu…iaitu bunuh diri. Tetapi ianya telahpun berlaku di Negara Malaysia kini. Bunuh diri adalah yang paling hangat dibincangkan di dada akhbar dan majalah Islam baru-baru ini.
PS: Berdasarkan apa yang berlaku di Malaysia ini, wajarlah bagi diri kita untuk sama-sama berdoa agar kita (umat islam ini) dijauhi daripada segala gegala negative ini dan juga hasutan syaitan. Berdoalah juga agar kita dapat bagun kembali sebagai umat Islam yang bersatu padu dan maju menentang mereka yang cuba membolak-balikkan Islam. Selepas itu, terserahlah pada diri kita untuk memanfaatkan segala kurniaan yang Allah berikan ini, untuk digunakan dalam amar makruf nahi mungkar. Apa tindak tanduk (semestinya berdasarkan lunas-lunas Islam) , kondisi yang dilakukan secara berjemaah adalah lebih baik…
__________________________________________________________________________
1 Hadis Sahih Riwayat Al-Tirmizi

/
/




"Muka Bumi dan Alam Ini ALLAH ciptakan dengan penuh kebaikan pada Manusia. Maka Mengapa Kita Pula Tidak Melakukan Kebaikan dan Sebaliknya Merosakkan?"
(TEPUK DADA TANYA IMAN)



