Tajuk: Empat Puluh Hadis Penawar Hati
Penulis: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi
Penerbit: Khazanah Banjariah ,(cetakan ke-8 2007)
Buku ini saya miliki atas sebab kandungan hadisnya yang sentiasa bermanfaat dari semasa ke semasa. Andaikata adanya penyakit hati ini akibat daripada jangkitan ‘ketagihan dunia ini’, maka buku ini adalah sebahagian kepada jawapan tersebut. Hadis yang ada di dalamnya adalah merupakan hadis yang sahih, meliputi riwayat Bukhari, Muslim Tirmizi dan juga Nasai. Jadi, kewajaran untuk memilikinya (terutama pemuda-pemudi kini)adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan.
Buku ini didatangkan dengan hadis-hadis yang meliputi pelbagai tajuk seperti mencuri, neraka, syurga, halal dan haram, doa tidak diterima, orang yang rugi, larangan mengadu domba dan sebagainya. Setiap hadis yang disebut-sebut itu turut diberi penerangan dan perincian sekali tentang maksud sebenar akan hadis tersebut.
Setakat ini, buku yang saya beli ini wujud dalam dua buah buku, satu yang bertulisan rumi dan satu yang bertulisan jawi. Jadi, kepada sesiapa yang masih kurang arif mengenai jawi ini, tidak salah kalau anda memiliki kedua-duanya. Di samping anda membaca tulisan jawi ini, anda dapat merujuk kembali akan tulisan jawi yang tidak difahami itu dengan mudah.
Selagi Cubaan tidak dibuat dan selagi cabaran tidak dihadapi maka hilanglah semua kenangan. Gagallah segala impian- Boo Ka Kong (Pakar Tulisan Jawi)
PS: Orang Cina boleh faham jawi, kenapa kita TIDAK BOLEH! Renung-renungkan.

/
/




"Muka Bumi dan Alam Ini ALLAH ciptakan dengan penuh kebaikan pada Manusia. Maka Mengapa Kita Pula Tidak Melakukan Kebaikan dan Sebaliknya Merosakkan?"
(TEPUK DADA TANYA IMAN)



