Buku: Seni bercakap-cakap dan berbual-bual [edisi kemaskini]
Author/Penulis: Abdullah Hassan & Ainon Mohd
Publisher/Pengeluar: PTS Millnenia
Dalam kehidupan seharian kita, memang banyak kita temui ramai orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berbeza-beza antara satu sama lain. Malahan, cara percakapan kita juga turut berubah mengikut situasi, tempat masa dan sebagainya.
Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan pegawai atasan , tentu sekali kita akan menjawabnya dalam susunan ayat yang lebih sopan , teratur, dan juga mudah difahami, serta juga nama panggilan yang baik sesuai dengan jawatan yang disandangnya. Sebaiknya begini;
Apa khabar, Dato’?
Selamat Pagi , Tuan.
Datin sudah bersarapan?
Tentu anda sendiri tahu melakukannya, bukan? Akan tetapi dalam pengucapan kita seharian, kadangkala pengucapan atau cara kita berkomunikasi itu akan menyebabkan orang yang mendengar berasa kurang selesa atau mungkin berasa menyampah dengan kita. Diri kita merasakan apa yang kita bualkan itu benar, akan tetapi orang yang mendengar itu merasakan pula dirinya tidak dihargai, malahan suatu sindiran baginya. Bagaimana hal ini boleh berlaku?
Kalau bercakap itu hendak memberitahu sesuatu. Diam itu juga adalah untuk memberitau sesuatu.
Adakah kerana disebabkan cara kita bercakap itu tidak sesuai dengan keadaan atau situasi yang dihadapi? Adakah kerana percakapan kita itu sendiri disebabkan oleh personality dan gaya hidup yang ketara berbanding dengan orang lain? Atau adakah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam berkomunikasi?
Disebabkan oleh pelbagai masalah komunikasi itu sendiri, maka penulis buku iaitu pasangan suami-isteri, Prof Emeritus Abdullah Hassan dan Pn. Ainon Mohd menerbitkan buku ini. Menurut kata penulis ini, seni dalam berkomunikasi tidak hanya tertumpu pada percakapan semata-mata, malahan lebih dari itu. Kalau bercakap itu hendak memberitahu sesuatu. Diam itu juga adalah untuk memberitahu sesuatu. Bunyinya pelik, tapi itulah realiti. Malahan, penulis turut menyarankan agar buku ini dapat dijadikan panduan sesuai dengan jiwa manusia yang suka berkomunikasi.
Di dalam buku ini, penulis memperincikan komunikasi itu kepada 56 topik yang saling kait -mengait antara satu sama lain. Bermula dari topik besar seperti menarik minat orang, menjadi orang yang disukai, tujuan dan fungsi bercakap, perbualan berkesan dan berkualiti, kemahiran mendengar dan etikanya , bahasa badan, konflik dan ancaman hinggalah kepada cara komunikasi antara suami-isteri .
Dalam bab membaca bahasa badan ini, penulis menggariskan bahawa seseorang yang cuba menipu boleh dikesan melalui gerak badannya serta percakapannya. Penerangannya adalah agak panjang lebar, tetapi mesej yang cuba dibawa oleh penulis adalah orang yang menipu itu percakapannya dan gerak tubuh badannya adalah tidak sama. Malah, secara tidak langsung akan membocorkan penipuannya pula.
Dalam bab-bab yang lain pula, ia sebenarnya lebih memberikan penumpuan pada diri anda tentang cara yang sepatutnya berkomunikasi dan pada masa yang sama memperbaiki kualiti percakapan anda. Jika anda seorang yang kurang arif bercakap-cakap ini, maka inilah peluang anda untuk memperbaikinya, serta belajar tentang estim diri supaya lebih berpesonaliti dan bertenaga.









"Muka Bumi dan Alam Ini ALLAH ciptakan dengan penuh kebaikan pada Manusia. Maka Mengapa Kita Pula Tidak Melakukan Kebaikan dan Sebaliknya Merosakkan?"
(TEPUK DADA TANYA IMAN)




salam….saya ingin tahu, bagaimana untuk mendapatkan buku tersebut? terima kasih
salam…berkenaan buku tersebut…anda boleh pesannya dengan layari di e-kedai.net ataupun
http://www.bookcafe.com.my (keluaran pts). Cara pembayaran yang disediakan oleh Bookcafe adalah melaui maybank2u atau bayaran pos.
Jika tidak sekalipun, anda boleh perolehinya di mana2 kedai buku terdekat seperti POPULAR, MPH bookstore.