Syeikh Muhammad Sa’dudin bin Hasan Khan al-Tabrizi (wafat 1008H) adalah seorang ulama besar pada abad ke -11 kerajaan Turki Usmaniah. Ketinggian dan kekuatan hafalan beliau menjadi sumber kekaguman semua ulama pada masa itu. Tambahan pula kesolehan dan kecerdikan beliau yang luar biasa membuat beliau dipercayai memangku jabatan Syeikh al-Islam (Mufti Negara) yang ke 22 dalam kerajaan Turki Usmaniah.
Diceritakan bahawa pada suatu hari, Khalifah Turki yang bernama Sultan Ahmad 1 menggirim sepucuk surat rasmi kepada Syeikh Sa’dudin untuk bertanya, “Apa kekurangan yang terdapat di Negara ini(sehingga kita mengalami kemunduran dan kekalahan dari musuh padahal Allah menjanjikan kemenangan bagi umat Islam?”
Syeikh bijak ini segera menulis jawapannya, “Bukan urusan saya.”
Mendengarkan jawapan dari surat rasmi yang diterimanya itu, Sultan Ahmad dengan spontannya marah besar . Ia menyangka benar bahawa Syeikh Sa’dudin mengabaikan pertanyaan penting ini. Baginda segera memerintahkan Syeikh Sa’dudin menghadap segera, lalu memarahinya denga n sangat keras.
“Mengapa tuan mengabaikan pertanyaanku? Beraninya tuan berkata ‘bukan urusan saya’ untuk suatu masalah yang penting ini!”
Dengan tenang, sang mufti menjelaskan, “Saya tidak mengabaikan pertanyaan tuanku. Sebaliknya saya menjawab pertanyaan tersebut dengan sangat teliti” . Kalimat ‘Bukan urusan saya’ inilah penyebab utama kemunduran umat Islam. Jika setiap individu-daripada pemerintah ataupun rakyat biasa -bersikap mementingkan diri senndiri, dan berkata ‘bukan urusan saya’ setiap kali berhadapan dengan masalah umat, maka kemunduran demi kemunduran , dan kekalahan demi kekalahan akan menimpa umat Islam secara berterusan.”
Dengan penjelasan Syeikh yang penuh makna itu, Sultan Ahmad menjadi amat malu. Beliau segera meminta maaf kepada Syeikh Sa’dudin dan memberikan hadiah yang banyak.

sumber : diolah dari majalah solusi isu 6 m/s 27 Umar b Noor

/
/




"Muka Bumi dan Alam Ini ALLAH ciptakan dengan penuh kebaikan pada Manusia. Maka Mengapa Kita Pula Tidak Melakukan Kebaikan dan Sebaliknya Merosakkan?"
(TEPUK DADA TANYA IMAN)



