Perbualan yang menyenangkan dan disukai

Buku: Seni bercakap-cakap dan berbual-bual [edisi kemaskini]

Author/Penulis: Abdullah Hassan & Ainon Mohd

Publisher/Pengeluar: PTS Millnenia

IMAG0569.JPG

Dalam kehidupan seharian kita, memang banyak kita temui ramai orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berbeza-beza antara satu sama lain. Malahan, cara percakapan kita juga turut berubah mengikut situasi, tempat masa dan sebagainya.

Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan pegawai atasan , tentu sekali kita akan menjawabnya dalam susunan ayat yang lebih sopan , teratur, dan juga mudah difahami, serta juga nama panggilan yang baik sesuai dengan jawatan yang disandangnya. Sebaiknya begini;

Apa khabar, Dato’?

Selamat Pagi , Tuan.

Datin sudah bersarapan?

Tentu anda sendiri tahu melakukannya, bukan? Akan tetapi dalam pengucapan kita seharian, kadangkala pengucapan atau cara kita berkomunikasi itu akan menyebabkan orang yang mendengar berasa kurang selesa atau mungkin berasa menyampah dengan kita. Diri kita merasakan apa yang kita bualkan itu benar, akan tetapi orang yang mendengar itu merasakan pula dirinya tidak dihargai, malahan suatu sindiran baginya. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Kalau bercakap itu hendak memberitahu sesuatu. Diam itu juga adalah untuk memberitau sesuatu.

Adakah kerana disebabkan cara kita bercakap itu tidak sesuai dengan keadaan atau situasi yang dihadapi? Adakah kerana percakapan kita itu sendiri disebabkan oleh personality dan gaya hidup yang ketara berbanding dengan orang lain? Atau adakah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam berkomunikasi?

Disebabkan oleh pelbagai masalah komunikasi itu sendiri, maka penulis buku iaitu pasangan suami-isteri, Prof Emeritus Abdullah Hassan dan Pn. Ainon Mohd menerbitkan buku ini. Menurut kata penulis ini, seni dalam berkomunikasi tidak hanya tertumpu pada percakapan semata-mata, malahan lebih dari itu. Kalau bercakap itu hendak memberitahu sesuatu. Diam itu juga adalah untuk memberitahu sesuatu. Bunyinya pelik, tapi itulah realiti. Malahan, penulis turut menyarankan agar buku ini dapat dijadikan panduan sesuai dengan jiwa manusia yang suka berkomunikasi.

Di dalam buku ini, penulis memperincikan komunikasi itu kepada 56 topik yang saling kait -mengait antara satu sama lain. Bermula dari topik besar seperti menarik minat orang, menjadi orang yang disukai, tujuan dan fungsi bercakap, perbualan berkesan dan berkualiti, kemahiran mendengar dan etikanya , bahasa badan, konflik dan ancaman hinggalah kepada cara komunikasi antara suami-isteri .

Dalam bab membaca bahasa badan ini, penulis menggariskan bahawa seseorang yang cuba menipu boleh dikesan melalui gerak badannya serta percakapannya. Penerangannya adalah agak panjang lebar, tetapi mesej yang cuba dibawa oleh penulis adalah orang yang menipu itu percakapannya dan gerak tubuh badannya adalah tidak sama. Malah, secara tidak langsung akan membocorkan penipuannya pula.

Dalam bab-bab yang lain pula, ia sebenarnya lebih memberikan penumpuan pada diri anda tentang cara yang sepatutnya berkomunikasi dan pada masa yang sama memperbaiki kualiti percakapan anda. Jika anda seorang yang kurang arif bercakap-cakap ini, maka inilah peluang anda untuk memperbaikinya, serta belajar tentang estim diri supaya lebih berpesonaliti dan bertenaga.

Money Sense

Title: Money Sense: Getting start with your money

Publisher: AKPK(Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit),2008

IMG_0520.JPG

This book tells you about on how to managing the money on the right way and more efficiently. For me, it is important to have it one on the bookshelf at our home. If you say it that it is not possible to have it just because only tells the basic things ( management money start with zero), then you have to think it again. Ask yourself how is your money management nowadays? Have you make up clearly on your planned and follow the schedule in terms of paying back all your debt in time? Actually, many things (in management the money) that you are not concern about just makes you become worried in other days. There are lots of things you have to know anyway.

This book presented by the AKPK ( agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) , a unit that provided by the government with the intention of giving the understanding to the Malaysians consumer about the right way in managing the business and money. For them, providing this book is the small charity so that the people become awareness in managing their money.

As for the students from the university, this is the great chance for you to grab it. It just not serve you in managing the money, but also gives you the ideas and chance in investing your money for your own future. For Instance , In the part B from this book, it tells you about the passion in investment the money to the saving account. When you always done it, it will then will makes the money become increases cause by the saving the money plus added of dividend at the same time.

Where can we get it? Just get it from the nearest AKPK branch or BNM. I’m not sure if this book available at the book store, but you can check it out from time to time.

Madu…alternatif kepada perubatan moden

Buku: Ensiklopedia Rawatan penyakit dengan madu Lebah

Publisher: Al-Hidayah, 2007

Penulis: Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (‘A.Q.HA.S.)

IMG_0430.JPG

Aku sebenarnya pernah memikirkan akan untungnya membeli ensiklopedia ini. Harganya yang mencecah RM 35.00 senaskah itu cukup terbeban bagi saya untuk memilikinya (banyak lagi buku lain aku nak beli guna duit yang ada ni!). Dengan kulit luarannya yang berkulit tebal , muka suratnya yang mencapai sehingga 705 lebih, ianya wajar diberi harga sedemikian rupa. Tetapi apa salahnya kalau harga buku itu dikurangkan lagi sehingga 20-30%. Barulah senang bagiku ini untuk memilikinya. Tambahan pula aku bukannya seorang penuntut jurusan medical. Cuma baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam memahami dunia perubatan tradisional.

Melalui apa yang aku perolehi daripada membaca buku ini, banyak. Antaranya adalah memahami madu yang pernah disebut dalam surah An- Nahl itu sebagai penyembuh kepada manusia. Ia sebenarnya sudah pun didapati berkesan dalam mengubati pelbagai penyakit manusia dan juga sebagai makanan yang berkhasiat sejak zaman-berzaman lamanya. Malah Rasulullah ( Semoga Allah merahmati ke atas baginda) pernah bersabda dalam hadisnya bahawa makanan yang disukainya adalah makanan yang manis , seperti air sejuk yang dicampur dengan madu.

Keduanya, buku ini dapat menyenaraikan khasiat yang bukan sahaja terdapat pada madu, malah turut meliputi khasiat yang terdapat pada lebah dan sarang lebah itu sendiri, seperti propolis dan bisa lebah. Dalam bisa lebah, misalnya ia didapati berkesan untuk merawat penyakit berkaitan saraf dalam badan manusia. Boleh dikatakan ianya adalah rawatan alternatif lain yang baik dan patut dicuba selepas rawatan moden mahupun akupuntur.

Ketiganya, buku yang mana kandungannya adalah ensiklopedia bagai rawatan pelbagai penyakit itu dapat dijadikan panduan atau rujukan dari semasa ke semasa, andaikata adanya penyakit yang dihadapi pada tubuh badan itu sendiri.

Senjata orang mukmin

Buku: Senjata Orang Mukmin

Terbitan: Karya Bestari, 2008

Penulis: Abu Ruwais Al-Syubrawi

IMG_0432i.JPG

Buku ini adalah sebuah buku yang lebih berorientasikan kepada pengamalan seorang muslim dalam kehidupannya seharian sebagai seorang yang beragama Islam. Di dalamnya tersemat banyak panduan dan amalan yang sepatutnya daiamalkan oleh umat islam masa kini. Antaranya ialah adab berzikir dan berdoa, zikir dan doa di rumah, zikir ibadah solat, zikir pagi dan petang, zikir ibadah puasa, zikir ibadah haji dan juga doa harian.

Bagi saya, buku ini sememangnya patut ada di tangan setiap remaja Islam kini memandangkan ramai pemuda pemudi sudah kehilangan senjata mukminnya, terutamanya doa . Apa yang boleh dilihat daripada banyak-banyak sekalian pemuda pemudi di zaman ini ialah mereka banyak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti keduniaan , sehinggakan lupa untuk mengabdikan diri dengan sepenuh hati pada Khaliq alam ini. Jadi adalah tidak menghairankan apabila ada sahaja pemuda pemudi apabila selesai saja sembahyang wajib mereka, mereka terus keluar dari masjid atau surau tanpa berdoa terlebih dahulu memohon keredhaan-Nya.

pemuda pemudi di zaman ini banyak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti keduniaan , sehinggakan lupa untuk mengabdikan diri dengan sepenuh hati pada Khaliq alam ini.

Akan tetapi, hal ini ternyata merugikan bagi diri mereka kerana doa di kala ketika itulah adalah doa yang paling didengari oleh Allah. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad ( Semoga Allah merahmati baginda dan keluarganya) pernah ditanya : Doa manakah yang paling didengari (diterima)? Jawab baginda: Doa pada akhir malam dan setelah solat fardhu.1

Jika diselidiki dan dimengerti kan akan gejala negatif yang ada pada pemuda pemudi muslim ini, Hal ini tentunya disebabkan oleh terpukaunya mereka dengan gaya hidup yang semakin bebas dan teknologi yang tidak mengenal batas sehinggakan sukar membezakan antara hak dan batil. Keadaan ini jika dibiarkan akan merebaknya gejala sosial yang tidak diingini, antaranya sumbang mahram, penzinaan, homoseksual, rogol malah ada yang lebih dari itu…iaitu bunuh diri. Tetapi ianya telahpun berlaku di Negara Malaysia kini. Bunuh diri adalah yang paling hangat dibincangkan di dada akhbar dan majalah Islam baru-baru ini.

PS: Berdasarkan apa yang berlaku di Malaysia ini, wajarlah bagi diri kita untuk sama-sama berdoa agar kita (umat islam ini) dijauhi daripada segala gegala negative ini dan juga hasutan syaitan. Berdoalah juga agar kita dapat bagun kembali sebagai umat Islam yang bersatu padu dan maju menentang mereka yang cuba membolak-balikkan Islam. Selepas itu, terserahlah pada diri kita untuk memanfaatkan segala kurniaan yang Allah berikan ini, untuk digunakan dalam amar makruf nahi mungkar. Apa tindak tanduk (semestinya berdasarkan lunas-lunas Islam) , kondisi yang dilakukan secara berjemaah adalah lebih baik…

__________________________________________________________________________

1 Hadis Sahih Riwayat Al-Tirmizi

Mencari Hidayah dan CINTA

Buku : Hidayah Cinta

Penulis : Ilham Hamdani

Keluaran: PTS Milennia (cetakan pertama 2008)

Buku ini adalah buku kedua yang berjaya dihasilkan oleh penulis ini, iaitu Ilham Hamdani , selepas karya awalnya yang bertajuk Mekar Sakura di Mimbar Cinta. Jika anda pernah membaca karaya awalnya dalam bentuk cerpen ini, sudah tentu anda sendiri dapat menjangkakan plot-plot yang bakal berlaku dan dihadapi sendiri oleh watak utama dalam buku ini iaitu Umar Thilmsani. Hal seperti ini dengan sendirinya akan menyebabkan mood pembaca untuk membacanya menjadi kurang. Namun, hampir kebanyakan jalan cerita dalam novel ini nampaknya mempunyai kekuatan yang berbeza dan tersendiri dan ianya masih boleh dikategorikan menarik untuk terus dibaca . Ini kerana penulis berjaya mengadunkan banyak cerpen yang dihasilkannya dalam karya awalnya untuk di ‘terjemahkan’ pula dalam bentuk sebuah novel seperti ini. Jika sebelum ini anda dihidangkan dengan cerpen-cerpen yang pelbagai wataknya, kini dengan novel ini, beberapa watak dengan pelbagai plot-plot yang diekstrak daripada cerpen-cerpennya sebelum ini berjaya dihasilkan.

Berkenaan dengan cerita dalam novel ini, Ianya mengisahkan seorang pemuda Malayu yang juga penuntut Universiti Ibraki, Jepun bernama Umar Thilmisani meneruskan pengajiannya di Jepun. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Tanpa kehadiran ibu, datuk dan neneknya di sisi yang telah lama pergi meninggalkannya, beliau kini terpaksa meneruskan pengajiannya di sana, seharusnya adalah atas dorongan ayahnya yang mahu melihatnya mempunyai kerjaya pada masa akan datang. Berbeza dengan pendiriannya sendiri, beliau semahunya mahu menjadi seorang ustaz atau pendakwah yang mempunyai lulusan Al-Azhar Mesir, Sebagaimana yang dimahukan oleh allahyarham datuknya sebelum datuknya itu meninggal. Tetapi takdir mengubah hidupnya, kemahuan ayahnya yang kerjaya sentiasa sahaja ’outstation’ mengikut pegawai kedutaan Malaysia perlu sahaja dituruti.

Kehidupannya di sana seperti biasa sahaja. Tetapi apa yang membezakannya dengan rakannya yang lain adalah sikapnya yang suka berpergian ke tasik sambil membawa peralatan untuk melukis, memberikan kehairanan pada rakan senegaranya yang lain. Namun di situlah segalanya bermula. Insiden yang berlaku pada seorang gadis Jepun yang ingin membunuh diri berjaya diselamatkannya. Tetapi dia sendiri menerima tamparan hebat kerana teruk dimaki hamun oleh gadis Jepun itu. Namun, beliau pasrah.

Dalam babak yang lain pula, Umar Thilmisani kerap juga berusrah dengan rakan -rakan senegaranya yang lain mahupun dengan mereka yang berbangsa arab seperti Palestin dan Pakistan. Perkenalannya dengan beberapa tokoh penting yang memperjuangkan Islam di bumi Jepun seperti Brother Qusai dan Sister Arwa telah membuka mindanya untuk menyebarkan dakwah di sana, yang mana negara seperti itu memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menyebarkan dakwah. Hasilnya, beliau dan rakannya berjaya mengadakan sebuah surau untuk bersolat di sebuah kondominium berhampiran untuk dijadikan pusat pertemuan dan perkenalan dengan sesama muslim yang lain.

Ketika di sana juga, dia berpeluang berkenalan dengan keluarga angkat (yang dipanggilnya Outousan dan okassan) dan juga beberapa kenalan pemuda-pemudi Jepun yang lain, seperti Koyama Hiroo, Yumiko ,Hiriyama Shirui dan Suzuki Aoyama. Dengan adanya mereka ini adalah bertujuan untuk menghidupkan watak dan suasana yang terdapat di bumi Jepun itu sendiri.

Berbalik pada gadis Jepun tadi yang bernama Takahashi Ayumi tadi, perbuatan bunuh diri yang dihalang oleh lelaki Melayu itu tadi menyebabkannya dirinya meradang dan marah, sehinggakan sukar dikawal oleh rakannya. Tetapi perasaan itu berbaur hilang tatkala dia sendiri merasakan perlunya meminta maaf pada si pemuda itu tadi. Perkenalannya dengan pemuda itu seterusnya membawanya kepada perkenalannya dengan Islam secara lebih dekat. Namun halangan dan dugaan mendatang tatkala dia sendiri mahu menghadirkan diri pada Islam. Ini termasuklah diseksa oleh ayah kandungnya yang beragama Taoisme bagi memaksanya balik ke agamanya. Apakah yang akan berlaku seterusnya, sama-samalah mengambil peluang untuk membacanya. Kebetulan ketika saya menulis ini, sedang berlangsung pesta buku yang berpusat di PWTC. Jadi, ambillah peluang yang ada ini untuk mencari pelbagai judul buku yang baru. Pesta buku ini berlangsung sehingga ahad , 3 Ogos ini.

PS: Daripada cerita ini jelas memaparkan dakwah Islam boleh disampaikan di mana-mana, tetapi perlukan pendekatan yang berbeza sesuai dengan keadaan tempat dan keadaan. Sebagaimana juga Method dakwah yang dilakukan oleh Hassan Al- Banna, dakwah dan pidatonya boleh sahaja diterima oleh pendengar di madrasah mahupun di kedai kopi tatkala para pendengarnya mahukan kata-kata perangsang demi membangkitkan semangat untuk berbakti kepada Islam.

” Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: “Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[1334]. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh.”

(QS Fushshilat ayat 44)

[1334]. Yang dimaksud suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

Kenangan sang perajurit

Buku:  Memoir  seorang  perajurit

Penulis:  Mohammad  Kayum  Badaruddin

Keluaran:  PTS  Fortuna (2007)

 

Penulis  buku  ini,  Mej. Mohammad  Kayum  Badaruddin  sebenarnya  adalah  seorang  anggota  tentera yang   banyak  pengalaman  dalaman  bidang  ketenteraan  darat.  Bakat  dan kemampuan  yang  ada  padanya  ini  seterusnya  telah  menyerapkan  unsur  yang  positif  dalam  setiap  tindakan  pada  anggota  bawahannya.  Sehingga  kini,  beliau  banyak  terlibat  sebagai  motivator  undangan  pada  semua  anggota  tentera  darat  mahupun  khalayak  ramai.  Buku  ini  pula  adalah  secebis  kisah  daripada  banyak  kisah  suka-dukanya  dalam  mengharungi  hidup,  bermula  dari  zaman  kanak-kanaknya  hinggalah  kini,  seorang  anggota  tentera yang  berpangkat  Mejar yang  mantap dan  berkredibiliti  tinggi  dalam  menjayakan  sesuatu  target.

 

            Daripada  kacamata  pembaca,  sebagaimana  saya  sendiri  sebagai  seorang  pelajar  dari  IPT ,  buku  dan  kisahnya  amat  menarik  untuk  dijadikan  sebagai  rujukan  dan  motivasi  kepada  diri  kita  dalam  menjana  diri  kita  untuk  terus  berusaha  dan  berdaya  saing.  Biarpun diri  kita  dipandang  sebelah  mata  oleh  banyak  pihak.  Adalah  perlu  dinilai  betapa  kita  ini  sememangnya  perlu  sangat-sangat  bersyukur  pada  Ilahi  kerana  kurnianya  yang  banyak pada  kita   telah  menyebabkan  kita  menjadi  seorang  insan  yang  berguna dan  bermanfaat pula  pada  umat  Islam  yang  lain.  Jadi tidak  usahlah  kita  berasa  dengki  terhadap  apa  yang  Allah kurniakan  pada  orang  lain  atau seangkatan  dengan  kita.  Nyatalah,  kita  adalah  manusia,  Allah  yang  mengurniakannya.

 

            Sebetulnya,  apa  yang  penulis  ini  sampaikan  adalah lebih kepada  diari  perjalanan  hidupnya  sendiri.  Walaupun  dalam  bentuk  kisah  tetapi  seolah-olah  ianya  telah melengkapi  sebuah  drama  atau  filem  yang  berantai-rantai  episodnya.  Cukup  meluas!.  Ianya  bukan  hanya  meliputi  dalam  dunia  beliau  sendiri  iaitu  ketenteraan, tetapi  juga  dalam kerjaya  sambilan  dan juga  alam  perkahwinannya!.  Bolah  dikatakan,  semuanya  menarik  dan  wajar bagi  kita  untuk  mencotohi  beliau sebaiknya, terutama  sekali  dalam  aspek  kredibiliti  dalam  memegang  sesuatu  tanggungjawab  atau  tugas  yang  diamanahkan.  Sebagaimana  juga pekerti  Rasulullah  sendiri yang  bersifat  amanah  dan  fatannah (bijaksana).  Amanah  diberikan  padanya sebaiknya, dilaksanakan juga  dengan  sebaik-baiknya.  

 

            Di  samping  itu,  beliau  dalam  kisah  ini  seolah –olah  tahu  dalam  membezakan  kedudukan  kerjayanya  sebagai  tentera  dan juga  rumah  tangganya  (dalam  peranannya  sebagai  seorang  suami  dan  juga  ayah).  Dan  ini  seharusnya  menjadi  sari  tauladan  yang  penting  dan  baik  bilamana  kita  berumahtangga  nanti.  Perlu diingat,  membina  keluarga  dan  rumahtangga  tidak  hanya  memenuhi  tuntutan  nafkah  zahir  dan  batin  secara  materialistik  sahaja,  malah  turut  melibatkan  pemberian yang  lebih  tinggi  nilainya,  iaitu nilai   kasih  sayang  dan  pengorbanan  dalam  mewujudkan  keluarga  yang  baik  dan  mawaddah.

 

            Dalam  novel  ini  juga,  penulis  juga  menekankan  tentang  pentingnya  aspek  kegigihan  dalam  melaksankan  sesuatu  tugas  dan  amanah  yang  diberikan  .  Dengan  adanya  perancangan  yang  baik dan  usaha  yang  berterusan,  sesuatu   tugas  yang  besar  dapat  dikendalikan  dengan  mudah  dan  bertepatan  dengan  waktu  yang  diberikan.  Malah,  mungkin  juga  kurang  daripada  tempoh  yang  sepatutnya.  Dan  ini  ternyata,  akan  memberi  kelebihan  kepada  kita  dalam  menguruskan  hal-hal  yang  lain  pula  dengan  cepat  dan  cermat.

 

            Penulis  juga,  pada  pendapat  saya,  juga  seorang  yang  gemar  mengambil  cabaran.  Sebagai  contoh,  penulis pada  masa  mudanya  sendiri  sanggup  untuk  melaksanakan  ekspedisi  berbasikal  yang  berbatu-batu  jauhnya  untuk  sampai  ke  destinasi  iaitu  Port  Dickson.  Biarpun  hanya  disertai seramai  3  orang  dan terpaksa  meminjam  basikal  daripada  jiran  rumahnya,  selain  terpaksa  bermalam  di  masjid,  tidak  mendapat  sokongan  kewangan  dari  wakil  rakyat  dan  rasa  kurang percaya  oleh  ahli  keluarganya,  akhirnya  mereka  berjaya  juga sampai  ke  destinasi  dan  membawa  pulang  pengalaman  yang  sangat  berharga  untuk  dikongsi  bersama. 

 

 

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” ”

 

(QS Luqman  :  12 )

 

 

Harimau Malaya ‘Mengaum’ di Somalia

Buku:  Harimau  Malaysia  di  Somalia

Penulis:  Syed Othman  Syed  Omar

                Nik  Amran  Nik  Abd.  Rahman

Keluaran :  PTS One  Sdn.  Bhd

 

 

                     

 

 

            Agaknya,  bila  ditanya  mengenai  perkara  ini;

 

  Siapakah  hero  dalam  cerita  black  hawk  down?”,  tentu  sahaja  ramai  yang  menjawab  pasukan  Delta  force  Amerikalah  adalah  hero  mereka  yang  gigih  untuk  membawa  rakan  sepasukan  Marin  Amerika  yang  terperangkap   keluar  dari   kawasan tragedi,  di  mana  terhempasnya  dua buah  helikopter  Black  Hawk  di  sebuah  pasar  di  Somalia.  Kenapa?  Kerana  dalam  filem  Black  Hawk  Down,  dinyatakan  mereka  sebagai  hero  cerita  dari  awal  hingga  akhir.  Plot  mereka sentiasa  sama  dan  hambar  sahaja . Balik-balik  kepada  kulit putih  dan  hitam  sahaja.  Mereka dan  juga  pembuat  filem  ini  ternyata  seperti  mengagung-agugkan  bangsa  mereka,  sedangkan  askar-askar ini   sebenarnya  dibantu  oleh  pasukan pengaman  PBB  yang  disertai  oleh  tentera  Pakistan  dan  juga  Malaysia. 

 

Pasukan  Pengaman  Malaysia  yang  diberi  panggilan  ’MALBATT ’  mempunyai  tugas  yang  tak  kurang  juga  hebatnya  dengan  tentera  Amerika. Sepertimana  yang  diperkatakan  dalam  buku  ini,  terdapat  dua  peristiwa  yang  dilakukan  oleh  MALBATT  sehingga  menaikkan  imej  negara  di  kalangan  pasukan  pengaman  PBB  dan  juga dunia.  Pertamanya  adalah  peristiwa  di  mana  berlakunya  pemberontakan  oleh  militan Somalia  dalam  usaha  untuk  menghalang penubuhan  Mahkamah  Agung  Benadir.  Dalam  peristiwa  itu,  Pasukan  MALBATT  dengan  semangat  berkobar-kobarnya  tetap  menghalang   dan  mengenepikan  saranan  militan  supaya  menyerahkan  tiga  orang  pegawai UNOSOM (United  Nations of Somalia).  Walaupun    peluru  sesat pihak  militan yang  datang  bertalu-talu  ditujukan  ke  arah  mereka,  tetapi  mereka  akhirnya  berjaya  memboloskan diri  dari kawasan mahkamah  itu  dan  membawa  3  orang  pegawai UNOSOM  pergi  balik  ke kem  mereka.  Kesemua  tentera  balik  dalam  keadaan  selamat.

 

Peristiwa  yang  keduanya  adalah  sepertimana  yang kita  sudah  kenali  iaitu  Black  Hawk  Down. Dalam  peristiwa  itu,  seramai  15  anggota  tentera  Malaysia  terlibat  dalam  operasi  sebegitu.   Tugas  mereka  adalah  untuk  menyelamatkan anggota  marin  amerika  yang  terperangkap dan  membawa  anggota  tentera  Amerika,  Delta  Force  ke  tempat  kejadian  dengan  menggunakan  kondor  APC  atau  lebih  dikenali  sebagai  kereta perisai  ringan.  Dalam  kejadian  itu,  seorang  anggota  tentera  Malaysia  iaitu  Prebet  Mat  Aznan  Bin  Awang  mati  akibat  terkena  tembakan  ‘gernade  launcher’  dari  pihak  militan.  Beberapa  anggota  tentera  Malaysia yang  lain  turut  tercedera, malah  ada  yang  parah. 

 

Dalam operasi  sedemikian  rupa,  sebanyak  3  dari  lima  buah  kondor  APC rosak  teruk  dan  tidak  boleh  digunakan. Malah  lebih  40  orang anggota  delta  force mati  dalam  kejadian  itu.  Namun, akhirnya  mereka (anggota  tentera  Malaysia, delta  force ,  marin  Amerika  dan  Pakistan) yang  terselamat  selamat  pulang  akhirnya. Semoga  Allah  merahmati  pemergian  Allahyarham  Prebet  Mat  Aznan.  Al-Fatihah…

 

Apakah belum datang kepadamu (hai orang-orang kafir) berita orang-orang kafir terdahulu. Maka mereka telah merasakan akibat yang buruk dari perbuatan mereka dan mereka memperoleh azab yang pedih.

(QS At- Taghaabun  : 64)