Seketul keju dan sehelai tuala kecil

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang
amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

“Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang inipun
menceritakan hal yang berlaku padanya :-
“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah
membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis
tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku.”

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut.”Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air
kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu
hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip
mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

“Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang
api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika
hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan
ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan
sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang
lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan
hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di
syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan
yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan
dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.
“Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di
neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia
kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua
penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau
setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan
untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku,
aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan
kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut
mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku
sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku
melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya
Rasulullah.” Panjang lebar gadis itu bercerita sambil
airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan
gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk
dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar
maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan
semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan
kepada ibumu.Mudah- mudahan
segala dosanya terampun.
INSYALLAH”

Kisah Teladan 1: Bukan Urusan Saya

Syeikh Muhammad Sa’dudin bin Hasan Khan al-Tabrizi (wafat 1008H) adalah seorang ulama besar pada abad ke -11 kerajaan Turki Usmaniah. Ketinggian dan kekuatan hafalan beliau menjadi sumber kekaguman semua ulama pada masa itu. Tambahan pula kesolehan dan kecerdikan beliau yang luar biasa membuat beliau dipercayai memangku jabatan Syeikh al-Islam (Mufti Negara) yang ke 22 dalam kerajaan Turki Usmaniah.

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Khalifah Turki yang bernama Sultan Ahmad 1 menggirim sepucuk surat rasmi kepada Syeikh Sa’dudin untuk bertanya, “Apa kekurangan yang terdapat di Negara ini(sehingga kita mengalami kemunduran dan kekalahan dari musuh padahal Allah menjanjikan kemenangan bagi umat Islam?”

Syeikh bijak ini segera menulis jawapannya, “Bukan urusan saya.”

Mendengarkan jawapan dari surat rasmi yang diterimanya itu, Sultan Ahmad dengan spontannya marah besar . Ia menyangka benar bahawa Syeikh Sa’dudin mengabaikan pertanyaan penting ini. Baginda segera memerintahkan Syeikh Sa’dudin menghadap segera, lalu memarahinya denga n sangat keras.

“Mengapa tuan mengabaikan pertanyaanku? Beraninya tuan berkata ‘bukan urusan saya’ untuk suatu masalah yang penting ini!”

Dengan tenang, sang mufti menjelaskan, “Saya tidak mengabaikan pertanyaan tuanku. Sebaliknya saya menjawab pertanyaan tersebut dengan sangat teliti” . Kalimat ‘Bukan urusan saya’ inilah penyebab utama kemunduran umat Islam. Jika setiap individu-daripada pemerintah ataupun rakyat biasa -bersikap mementingkan diri senndiri, dan berkata ‘bukan urusan saya’ setiap kali berhadapan dengan masalah umat, maka kemunduran demi kemunduran , dan kekalahan demi kekalahan akan menimpa umat Islam secara berterusan.”

Dengan penjelasan Syeikh yang penuh makna itu, Sultan Ahmad menjadi amat malu. Beliau segera meminta maaf kepada Syeikh Sa’dudin dan memberikan hadiah yang banyak.

a.jpg


sumber : diolah dari majalah solusi isu 6 m/s 27 Umar b Noor