Pembunuhan Senior Hamas-suatu yang dirancang

Video ini adalah yang saya perolehi dari palestinkini.info. Apa yang memeranjatkan ialah terdapat 4 orang lelaki dan seorang pelayan hotel kelihatan terlibat dlam situasi dalam video ini, seolah2 suatu yang dirancang. Jahanam Israel

Advertisements

Dr Asri…Kebenaran terpancar melalui kata-katanya

Saat saya membaca salah satu wawancara Dr. Asri ini, saya mula mendapati bahawa Dr Asri sendiri bukanlah sepertimana yang disangka-sangka. Pada kesudahan yang lalu, ramai yang menyangka bahawa dr asri ini Wahabi, memenjarakan pemikiran ahli sunnah wal jamaah, pengacau dan sebagainya tetapi dirinya tidak mencerminkan dengan apa yang pernah dikatakan (fitnah) pada beliau sendiri.

Apa pun pandangan yang ada terhadapnya, saya berpendapat bahawa beliau telah mewujudkan suatu fenomena yang baru…iaitu ‘cerminan’ amar makruf nahi mungkar…Dengan cerminan sedemikian rupa, beliau telah melonjakkan fungsi Mufti itu sendiri…iaitu sebagai suatu pemangkin berkesan dengan menidakkan segala perancangan yang menyalahi syariat Islam.

Walaupun begitu tindakan beliau yang mahu berhenti daripada jawatan yang disandangnya itu telah menyebabkan ramai pihak terkejut. Tetapi bagi beliau sendiri, Ianya adalah kebaikan yang datang mencurah-curah. Ikuti kupasan beliau dalam wawancara dengan wartawan Harakahdaily ini, AZAMIN AMIN

Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.

Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?

dr-asri-225x300.jpg

Dr Asri: Ya! Ratusan email, sms dan berbagai yang dihantar kepada saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan saya meninggalkan jawatan mufti. Mereka berpendapat saya membuat keputusan yang tidak tepat. Alhamdulillah, saya berterima kasih atas keprihatinan mereka.

Saya bertawakkal kepada Allah atas segala perancangan. Sekarang ini pun banyak email yang dihantar menjemput saya pulang dengan ditawarkan berbagai-bagai urusan atau ‘tanggungjawab’. Biarlah dulu saya di sini.

Saya tidak jadi mufti untuk mengaut kesenangan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Saya serahkan urusan jiwa ini kepada Allah. Saya hanya ingin menjadikan jawatan itu sebagai medan tanggungjawab dan menyampaikan mesej Islam yang saya fahami. Saya berdoa kepada Allah sebelum menjadi mufti agar diberikan pertolongan kepada saya.

Alhamdulillah, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi dalam tempoh tersebut pandangan dan isu yang saya lontar telah menjadi bahan perbincangan ilmu dalam masyarakat. Soal pro dan kontra itu perkara biasa. Jika perkara itu tiada pro dan kontra bererti tiada siapa yang mengambil peduli mengenainya. Banyak bahan telah saya tulis dalam tempoh tersebut dan tersebar dengan begitu luas. Begitu juga ceramah, kertas kerja, wawancara saya di sana-sini menjadi bahan yang diperbincangkan dengan meluas.

Alhamdulillah, generasi muda dan lapisan terpelajar yang suka membaca sebelum membuat penilaian, yang tidak menjadikan maki-hamun sebagai landasan hidup, yang tidak mengulas sebelum mengetahui, mereka ini begitu ramai yang memberikan sokongan yang besar kepada saya.

Dalam politik juga saya rasa, alhamdulillah, akhirnya banyak pihak akur bahawa saya tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam memberikan pandangan. Saya beberapa kali dijemput oleh Kerajaan Kelantan. Kali terakhir sebelum saya berhenti, saya sempat hadir jemputan ceramah Kerajaan Negeri Kelantan untuk Tabung Serambi Mekah yang di lancarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehari kemudian, saya dijemput oleh Perdana Menteri untuk memberikan ceramah khas kepada ahli kabinet dan Majlis Tertinggi Umno dan hadirin yang hadir.

Beberapa hari kemudian saya dijemput oleh Pemuda Parti Keadilan untuk memberikan tazkirah, tapi saya tidak sempat. Semasa saya sampai ke United Kingdom, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjemput saya memberikan ucapan dalam Majlis DAP. Cuma saya tidak dapat pulang.

Saya berharap saya sudah cuba melakukan sesuatu. Saya cuba mengemukakan ‘politik idea’ mengatasi sempadan politik kepartian. Apa yang menjadi matlamat bukan menegakkan parti tertentu, tetapi menegakkan fikrah Islamiyyah yang lebih besar dari kesempitan parti.

Alhamdulillah, jumlah pembaca artikel saya juga begitu besar. Melalui ruangan saya dalam Minda Mufti, saya bersahabat baik dengan berbagai insan ternama. Saya rasa banyak mesej saya telah sampai. Saya memerah tenaga dalam tempoh dua tahun. Bersabar atas kerenah mereka yang suka memfitnah atau mengganggu perjalanan tersebut. Saya harap Allah berikan pahala atas itu semua. Harakah sendiri pada awalnya begitu prajudis, tetapi setahun tahun sebelum saya berhenti, kelihatannya positif.

Akhirnya, apabila saya rasa ruang jawatan itu ‘sudah mula sempit’ atau sudah memadai, maka saya beristikharah untuk berhenti. Itupun baik juga. Ia menafikan fitnah mereka yang ‘tidak sayang lidah mereka di akhirat’ bahawa kenyataan atau pendapat saya selama ini untuk kesinambungan jawatan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Semoga Allah merezekikan kita semua melihat jawatan dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan gerun.

.Dr. dilihat sangat vokal dan adakalanya ‘mempersembahkan’ pemikiran agama dari sudut yang berbeza, adakah mencari kelainan serta seringkali mentafsirkan hukum agama dari sudut yang berbeza dan adakalanya tidak pernah didengari umum seperti soal-soal bidaah seperti kenduri arwah, tahlil di kubur dan dikatakan tidak mengikut tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang? Adakah mereka tidak betul sebelum itu ? Malah Dr. dilabel sebagai liberal, kaum muda dan wahabi dan sebagainya lantaran pembaharuan yang dibawa?

Inilah masalah sesetengah pihak. Mereka tidak dapat menerima orang lain berbeza pendapat dengan mereka. Melabel orang tanpa asas yang jelas adalah budaya buruk.

Dahulu masa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum menjadi Menteri Besar pun terkena tohmahan yang sama ketika beliau melontarkan beberapa pandangan yang berbeza dengan pengajian biasa di pondok-pondok. Syeikh Abu Bakar al-Baqir dari Gunung Semanggol yang mengasaskan Hizbul Muslimin semasa hayatnya dituduh sebagai kaum muda dan sesat. Prof. Burhanudin al-Helmi juga pernah dituduh sebagai kaum muda. Demikian Sayyid Syeikh al-Hadi, Za�ba dan berbagai lagi pejuang perubahan dituduh dengan tuduhan yang sama.

Saya teringatkan kata-kata Za�ba dalam bukunya “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca.

Antara katanya:”Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat�. Demikian kata Za�ba.

Apabila saya menjadi mufti sesetengah pihak menunggu agar saya membangkitkan isu-isu tradisi melayu seperti kenduri arwah dan seumpamanya. Namun mereka tersilap, alhamdulillah perhitungan dan fokus pemikiran Islam saya merentasi kesempitan isu yang mereka tunggu bagaikan nak �kiamat� itu. Ada anda lihat isu kenduri arwah menjadi tajuk utama akhbar dalam senarai puluhan isu yang telah saya bangkitkan.

Maksudnya kenduri arwah itu sudah lama dilarang?

Kemudian, saya ingin bertanya, apakah jika seseorang tidak mahu kenduri arwah maka dia menjadi wahabi? Kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i tulisan tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:

“Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya�.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya.”

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok.” Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Saya tidak tahu apa itu wahabi melainkan setelah mereka menyebut perkataan tersebut lalu saya terpaksa mencari maksudnya. Saya bukan penggemar buku Muhammad bin �Abdul Wahhab. Tetapi, jika anda menuduh saya amat terpengaruh dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, itu mungkin benar.

Saya seperti yang Dr. Yusuf al-Qaradawi sebut tentang dirinya dalam buku Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah, kata Dr al-Qaradawi: “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku”.

Saya rasa, saya pun demikian. Namun, alhamdulillah, saya tidak fanatik Ibn Taimiyyah seperti mereka yang fanatik mazhab. Seperti kata al-Imam Malik bin Anas:”Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya, melainkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum�.

Mengapa lagu Dr. bertajuk “Aku Bukan Musuh Harta” yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra diharamkan oleh RTM?

algebra.jpg

Sebenarnya banyak pihak tersalah faham. Album tersebut bukan terbitan saya. Pihak penerbit mengambil puisi-puisi saya dengan keizinan dan dijadikan lagu. Itu sahaja. Mereka jemput saya baca dua puisi dalam album tersebut. Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ adalah salah satu daripada puisi saya. Saya tidak berkempen untuk saudara membeli album itu, kerana bukan semua orang setuju dan suka dengar lagu.

Cuma saya pun hairan jika lirik itu menjadi ketakutan kepada RTM. Barangkali mereka takut ramai yang terasa pedas. Saya hairan, jika benar mereka ingin membantu memerangi rasuah, biarlah lirik itu dilagukan. Entah berapa banyak lirik yang merepek boleh dibenarkan. Saya teringat kata-kata Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang kebetulan agak baik dengan saya. Katanya: “Orang kalau salah, dia tengok polis nak balik rumah pun dia takut.”

Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Kuala Terengganu oleh Abdul Wahid Endut daripada PAS baru-baru, bagaimana Dr sendiri tafsirkan dan ‘signal’ apa sebenarnya daripada rakyat ?

Maaf, saya tidak merasa bahawa itu menunjukkan atau bererti majoriti rakyat telah begitu selesa dengan pakatan pembangkang. Kita tahu bukan semua orang PAS selesa dengan KeADILan. Demikian sebaliknya. Demikian juga DAP yang menolak konsep Negara Islam PAS.

Apa yang jelas bagi saya adalah rakyat muak dengan Umno. Rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah, perangai dan gelagat kebanyakan orang Umno. Generasi muda terutamanya, kelihatan begitu ‘allergic’ dengan Umno. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah Umno dalam fikiran mereka.

Mereka melihat Umno hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Kebelakangan ini baru nampak macam nak berubah sedikit. Itupun masih tidak cukup. Baru-baru ini, kebetulan saya ‘terjumpa’ seorang menteri di London, saya bertanya dia tentang pilihanraya Kuala Trengganu. Dengan lagaknya dia berkata: “Apa lagi rakyat mahu, semua kita dah beri”. Tengok, masih lagi sombong dan enggan menilai diri dan parti walaupun telah berulang kali dia ajar oleh rakyat.

Saya fikir Umno tahu apakah ubat yang menyembuhkan penyakit parti itu, tetapi mereka tidak mampu lakukan. Ubatnya adalah dengan memotong atau membuang segala barah penyakit yang hidup dalam tubuh Umno. Itu terlalu sukar bagi kepimpinan Umno kerana sebahagian yang tidak kecil dalam kepimpinan itu sendirilah barah penyakit tersebut. Jika rawatan dilakukan, bererti mereka akan terkorban.

Bagaimana pula pandangan Dr. terhadap PAS ?

PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.’Kuasa dan harta’ bukan sedikit ujiannya. Kita semua jangan cakap besar dan takabur. Hari ini kuasa dan ruang mendapatkan harta masih sedikit, maka barah pun masih kecil. Barah itu ada potensi berkembang apabila ruang harta dan kuasa membesar. Hati-hati, banyakkan doa dan pohon perlindungan dengan Allah. Jangan cuma runtuhkan jahiliah, lalu tegakkan jahiliah baru dengan nama yang baru. Jahiliah tetap jahiliah.

Adapun KeADILan, maaf saya masih kabur untuk membezakan sebahagaian mereka dengan Umno. Jika dilihat pada gelagat, gaya bahasa dan hidup, cara fikir, saya agak ramai di kalangan mereka masih Umno, cumanya tidak berpuas hati dengan Umno atas beberapa sebab semasa, bukan prinsip. Tidak mustahil bila-bila waktu mendesak mereka akan kembali menjadi Umno. Mungkin bukan semua, tetapi ramai juga yang begitu.

Saya suka jika kita berpegang kepada prinsip. Saya setuju dengan apa yang Naib Presiden PAS Mohammad Sabu pernah kata dalam satu temubual yang saya baca. Beliau hairan mengapa PAS dapat menerima ‘lompat parti’ apabila KeaDILan menguar-uarkan 16 September lepas, sedangkan dahulu PAS sendiri yang mengatakan �lompat parti� adalah tidak berprinsip dan khianat.

Hari ini berlaku ‘lompat parti’ di Perak, sekali lagi PAS menyatakan ini pengkhianatan dan tidak berprinsip. Mengapa PAS tidak mengatakan hal yang sama pada 16 September yang lepas. Maaf, saya tidak mahu terbabit dengan kerenah politik. Marilah kita pohon agar Allah menjadikan kita sentiasa beristiqamah atas kebenaran terhadap kawan ataupun lawan. Itulah Islam yang sejagat lagi adil, jika kita ingin tegakkan.

Ada yang mengatakan institusi Mufti ini ‘beku’ dan tidak lantang dalam mempersoalkan kelemahan kerajaan, benarkah begitu dan pernah Dr. sendiri mengkritik kerajaan khususnya melibatkan persoalan agama? Ada contoh?

Saya tidak mahu bercakap tentang institusi mufti lagi. Sudah banyak kali saya cakap. Cukup saya katakan saya kecewa, Majlis Fatwa Kebangsaan patut mengepalai isu-isu umat Islam, seperti fatwa tentang isu Palestin. Anda boleh baca tulisan-tulisan saya yang mengkritik fungsi mufti dan majlis fatwa. Sehingga saya terfikir negara ini perlukan Majlis Fatwa yang bebas, dibiayai oleh institusi wakaf. Maka fatwa-fatwa itu nanti akan benar-benar mewakili umat. Jika anda lihat di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) hampir mendekati maksud ini.

Adapun saya, kepada Allah saya serahkan segalanya. Anda tahu semasa saya menjadi mufti, saya memberikan teguran kepada semua pihak, termasuk kerajaan, pembangkang, artis, pihak swasta dan lain-lain. Anda boleh lihat berbagai isu saban minggu semasa saya menjadi mufti. Pernah saya mengkritik upacara yang dilakukan di Tugu Kebangsaan oleh kepimpinan negara.

Dari sudut politik, apakah yang boleh Dr. nasihatkan kepada pejuang-pejuang agama agar tidak lari dari daripada asas agama selain parti pemerintah agar berubah demi kepentingan rakyat?

Saya ingin nasihat diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan �Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:-

“Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.”

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya�

Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

… maknanya tujuan tubuhkan kerajaan demi capai matlamat agama?

“Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan�

Kata Abul Hasan lagi:”Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya..”.

Katanya juga:”Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia �dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.

Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.

Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah�. Itu sebahagian nasihatnya.

Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini. Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?.- azm

_________________________________________________________________________

Rujukan; Harakahdaily.net

About Mossad- something that should be noticed by all of the people in the world today

This video tells more about what has been done so much by the Israeli agent, Mossad. Even though this video might not have a proven to revealed their massacere and violence, but this should be enough for us (as a muslims) to be well prepared enough with knowledge and technology so that they cannot take upon the Muslims so lightly

Gaza and AL-QUDS-we may help you all THE BEST!!

PENGGUNAAN ILMU KALAM MENGHADAPI KEMODENAN

Oleh: MOHD. ZAIDI ABDULLAH

 

 

Sekularisme terzahir apabila golongan gereja tidak bersetuju dengan pengaruh fahaman falsafah sains pada masa itu. Justeru, ramai tokoh dipenjara. Dengan berlakunya keadaan ini, maka pemisahan antara agama dengan sains mula terjadi dan kini sekularisme menghantui umat Islam. Dalam hal ini, mampukah ilmu Kalam menangani kepesatan sains yang semakin hilang punca ? Jawabnya, mampu. Ilmu kalam Sunni sebenarnya mengambil jalan tengah antara pemaknaan wahyu dengan bantuan hujahan akal. Inilah prinsip yang dapat diambil daripada pengalaman Ilmu Kalam Sunni.

 

 pascamodenisme sedang mengisi ruang minda sebahagian penduduk bumi dengan pelbagai pendekatan skeptisisme

Sebagai penjituan, kitab seperti Asas al-Taqdis karya al-Imam Fakhrurrazi dan Iidhah ul-Dalil oleh Ibnu Jamaah boleh dijadikan contoh prinsip yang saya ketengahkan. Manakala penjelajahan wahyu terhadap alam semesta dapat ditinjau daripada pengalaman hujahan gabungan akal dengan syariah atau yang lebih dikenali dengan pendekatan falsafah Isyraqi. Sebenarnya kepesatan sains mencabar minda umat Islam dari segi penganalisisan maklumat serta pengkreatifan daripadanya. Memandangkan dunia mengalami globalisasi maka untuk menyekat pengaruhnya sama sekali semakin sukar. Oleh itu, tiada jalan lain cuma pakar-pakar Muslim wajar menggemblengkan tenaga untuk memberitahu kepalsuan sebahagian konsep sains. Dalam era kemajuan teknologi maklumat, pascamodenisme sedang mengisi ruang minda sebahagian penduduk bumi dengan pelbagai pendekatan skeptisisme. Racunnya boleh merentap segala konsep, prinsip serta kaedah yang diakui oleh umat Islam berabad-abad lamanya.

 

Akhirnya, umat Islam kehilangan tempat pergantungan pegangan. Sebagai contoh, kalau kita dihanyutkan air maka sudah tentu sesiapa yang mengalami situasi demikian akan mencari tempat bergantung sama ada dahan kayu atau tali yang dicampakkan oleh penyelamat atau juga berharap

sesiapa yang menolongnya. Begitu juga, andainya pascamodenisme tidak diterangkan kepalsuannya maka sudah tentu umat Islam akan sentiasa tiada tempat untuk umat Islam berpaut.

Al-Quran sudah tentu menyatakan bahawa ia adalah Kalamullah yang menjadi petunjuk, rahmat dan mengandungi semua perkara. Memang al-Quran tidak akandiubah sama sekali kerana Allah

akan memelihara.

 

Namun rakaman kebahasaan sudah semakin dikelirukan. Syaikh Muhammad al-Ghazali sendiri mengakui bahasa Arab kini sedangkan mengalami proses serangan budaya luar. Sebagai contoh, perkataan akhlak dulunya merangkumi seluruh kegiatan manusia termasuk persoalan iman, Islam dan ihsan seperti tajuk kitab Makarim al- Akhlaq karya al-Khara’iti yang mana zamannya masih hampir dengan zaman Rasulullah s.a.w. tetapi kini ia telah disempitkan hanya meliputi adab-adab dan etika dan moral sahaja. Begitu juga, perkataan iktisad dahulunya dimaksudkan dengan kesederhanaan kini bermakna ekonomi. Al-Quran sering menggunakan nilai estetika seperti

kiasan, tamsil ibarat dan sebagainya sudah tidak dipraktikkandalam teks-teks tesis cuma digunakan sebagai penyeri sahaja.

 

Sebagai contoh, kalimah yang baik ibarat pokok yang kukuh akarnya. Ulama salaf dan khalaf menyatakan kalimah yang baik ialah tauhid. Maka ulama balaghah pula menggunakan akal yang waras untuk mengambil dari sudut mana ayat berkenaan mengajar dan mendidik kita. Maka diambil dari sudut asas yang kukuh kerana akar penting untuk merealitikan agar pokok tetap teguh sekalipun ditiup angin yang kencang. Dalam balaghah, ini dinamakan aspek wajh syabah. Secara tidak langsung ayat ini menerangkan dari sudut akidah dan dari sudut sains malah estetika.

 kecenderungan untuk bersains telah menyebabkan penggunaanbahasa pun menyajikan bentuk makna langsung dan semakin kurang menyemangati rentak atau lenggok al-Quran

Masyarakat kini lebih cenderung untuk menggunakan gaya bahasa yang bermakna langsung. Sepanjang penelitian saya, didapati kecenderungan untuk bersains telah menyebabkan penggunaan

bahasa pun menyajikan bentuk makna langsung dan semakin kurang menyemangati rentak atau lenggok al-Quran. Akibatnya, umat Islam semakin kurang mengetahui rentak al- Quran dalam menangani persoalan semasa sama ada yang melibatkan soal abstrak atau tidak.

 

Sekalipun ramai yang mengagumi Dr. Maurice Bucaille tentang penyelidikan antara al-Quran dan sains tetapi beliau tidak mampu mengambil maklumat secara teguh daripada kesusasteraan al-Quran, cuma diperhatikan ayat yang memberi makna langsung.

 

__________________________________________________________________________

Ar-Rusydan edisi 27 Peringatan Bermanfaat Bagi Kaum Mukmin ,Universiti Malaya ,7 Julai 2006

Hilang halatuju, tenggelam dalam isu-suatu penjelasan

Diambil dari: utusan.com.my


Oleh : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam seminggu, negara kita yang tidak sebesar mana ini timbul berbagai-bagai isu seakan dunia hampir runtuh. Rakyat makin pening dan mual. Paling mendukacitakan, isu-isu yang tertonjol kebelakangan ini adalah isu-isu peribadi tokoh-tokoh politik. Seakan masalah mereka dipaksa untuk rakyat menanggungnya sehingga melupai kenaikan harga barang, tarif elektrik dan tekanan kehidupan seharian rakyat bawahan. Entah berapa ribu jam masa rakyat dihabiskan untuk bertekak dan berbalah mengenai hal dalam kain orang politik.

Ada yang tidak setuju dengan mubahalah, katanya itu bukan cara penyelesaian Islam dalam kes-kes berkenaan. Sehingga ada tokoh agama yang kata dia tidak pernah dengar perkataan mubahalah. Itu lagi satu masalah kekontangan pengetahuan. Mubahalah telah saya jelaskan minggu lepas dalam ruangan ini. Ia ada dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi SAW dan para ulama bagi menghadapi sikap keras kepala pihak-pihak yang enggan menerima hujah secara baik. Ia bukan proses mahkamah. Tidak perlu hakim, tidak perlu wang dan tidak perlu junjung al-Quran. Saya cadangkan ketika keadaan begitu kelam kabut, ada yang kata mahkamah tidak boleh dipercayai, ada kata konspirasi, ada kata benar, ada kata rancangan jahat dan berbagai-bagai. Rakyat bertelingkah, keadaan seakan gawat, masa depan dipertaruhkan dalam isu yang sedemikian rupa. Sama saja, samaada kes liwat atau Altantuya. Umat Islam yang nampaknya akan bertelingkah dan berpecah belah sesama sendiri. Tuduh-menuduh berlaku, tohmah mentohmah terjadi dan serang menyerang peribadi kedengaran di sana sini. Bagi meredakah keadaan tersebut, saya mencadangkan mubahalah. Tujuannya, agar maruah tokoh-tokoh itu dapat dipertahankan. Tiba-tiba ada pula yang marah. Hairan saya. Tidakkah itu dapat mengembalikan keyakinan awam dan menghapuskan fitnah yang merebak? Modalnya hanya dengan ungkapan: “Ya Allah jika saya lakukan hal tersebut (sebut kes) maka laknatilah saya”. Kemudian, kita yakin Allah tidak akan memungkiri balasan bagi kaedah yang telah dinyatakan oleh-Nya dalam al-

Quran. Jika ada yang tidak mahu, tidak mengapalah. Itu hanya cadangan. Tiada paksaan dalam cadangan tersebut. Nabi SAW pun tidak memaksa Kristian Najran apabila mereka enggan bermubahalah dengan baginda. Hanya Allah yang mengetahui hakikat sesuatu perkara. Kepada Allah jua diserahkan segala urusan. Jika sudah ingin akur kepada mahkamah, maka marilah bertenang sehingga keputusan mahkamah keluar. Rakyat tidak perlulah diajak berbalah dalam hal ini. Ada yang tuduh saya UMNO kerana mencadangkan hal ini. Demi Allah, saya tidak pernah isi borang parti berkenaan. Namun, saya tidak mampu saman penuduh berkenaan di mahkamah. Mereka yang mengenali saya tahu, saya seorang yang tidak banyak wang. Tetapi jika penuduh itu hendak bermubahalah, saya berani, kerana saya tidak pernah mengisi borang parti tersebut.

Bersumpah

Ada pula yang meminta supaya bersumpah dengan nama Allah. Ada pula kata tidak perlu bersumpah. Perbahasan tentang menafikan keperluan bersumpah atau kewajaran bersumpah itu telah menelan masa rakyat yang berjam-jam. Padahal bersumpah itu tidak sampai pun setengah minit. Saya kata adanya perbezaan antara bersumpah untuk meyakinkan orang yang dilakukan di luar mahkamah dengan sumpah dalam mahkamah. Jika sumpah itu merujuk kepada dalam mahkamah, orang yang dituduh tidak perlu bersumpah sehingga didatangkan bukti. Sebaliknya, orang yang menuduhlah yang perlu mendatangkan saksi atau bukti. Namun, sumpah di luar mahkamah berbeza. Ia soal meyakinkan pihak lain, bahawa cerita atau dakwaan tertentu itu tidak benar, atau kenyataan seseorang itu benar. Ini seperti apabila isteri menuduh suami ada pasangan luar. Suami pula menafikan. Isteri pula berkata: “abang bersumpahlah dengan nama Allah”. Jika suami tidak lakukan perbuatan itu, maka tidak salah untuk dia bersumpah. Tiada nas yang kata suami salah kerana bersumpah sekalipun dia di pihak yang benar. Justeru itu, Sayidina ‘Uthman bin ‘Affan bersumpah dengan nama Allah ketika dia dikepung oleh pemberontak yang ingin membunuhnya. Kata Sayidina ‘Uthman: “Demi Allah, aku tidak pernah berzina sama sekali semasa jahiliah, ataupun Islam. Tidak pernah aku ingin menukar agamaku sejak Allah memberi petunjuk kepadaku. Tidak pernah aku membunuh satu nyawa pun tanpa sebab yang benar. Mengapa mereka ingin membunuhku?” (Riwayat Abu Daud, al-Nasai, al-Tirmizi dan Ahmad). Adakah ‘Uthman berdosa kerana bersumpah tidak pernah berzina sedangkan pihak yang ingin membunuhnya belum mendatangkan empat saksi? Tidak! Sumpah ‘Uthman bukan di mahkamah, tetapi sumpah mempertahankan diri. Namun, tiada paksaan dalam hal ini. Sesiapa yang ingin bersumpah, boleh bersumpah. Sesiapa yang tidak ingin, tidak dipaksa. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sebab seseorang ingin bersumpah atau sebaliknya. Kepada-Nya kita kembalikan segala urusan. Dia Maha Adil, Dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Ada yang menyebut tidak boleh kita menuduh orang lain meliwat atau berzina melainkan adanya empat saksi. Saya kata, semua orang wajib setuju dalam perkara tersebut. Haram menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa empat orang saksi. Malangnya, politik kita dalam negara ini, sekali pun sebahagian besarnya Muslim, tuduh-menuduh dalam perkara zina sudah menjadi biasa. Pentas-pentas politik tidak pernah cermat menuduh orang itu dan ini dengan skandal seks yang pelbagai. Laman-laman Internet seakan mempunyai logo halal yang cukup besar untuk menuduh sesiapa sahaja. Apakah hari ini baru kita sedar perkara ini haram? Atau ia haram untuk orang lain, tidak haram untuk kita? Allah menyebut: (maksudnya): “Ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah al-Nur ayat 15).

Kita semua patut bersihkan iklim politik kita sebagai masyarakat Muslim daripada keceluparan yang seperti ini. Jika kita masih ingat, sehingga dalam negara kita seseorang boleh menuduh orang lain murtad atau ratusan ribu murtad sekalipun atas khabar angin dan tanpa bukti yang kukuh.

Cuma saya ingin membuat sedikit pembetulan, ada pula tokoh agama yang kata seseorang yang mendakwa dia menjadi mangsa rogol atau liwat wajib mendatangkan empat orang saksi, jika tidak dia disebat 80 rotan. Saya tidak ingin merujuk kepada kes yang sedang berlaku. Tetapi saya ingin mengkritik kefahaman terhadap masalah qazaf. Ada perbezaan antara menuduh orang lain dan seseorang yang mendakwa menjadi mangsa rogol. Apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariah akan menyatakan: Awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka? Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Bagaimana seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan? Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf: “Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyeksanya”. Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28). Lihat, al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Apapun, saya bersetuju dengan perjuangan membela rakyat bawahan yang terpinggir. Saya menentang penyalahgunaan kuasa, rasuah, pembaziran harta rakyat dan yang sewaktu dengannya. Lebih yang patut ditentang sebagai seorang Muslim, jika negara diuruskan tanpa panduan wahyu Ilahi. Islam bukan retorik atau slogan, tetapi isi dan pelaksanaan. Kita tidak patut berjuang untuk individu, tetapi untuk prinsip. Individu boleh datang dan pergi, tetapi prinsip tidak boleh ditukar ganti. Perjuangan kita bukan menukar nama pemerintah, tetapi prinsip dan akhlak pemerintah.

Memprotes

Matlamat tidak menghalalkan cara. Anda boleh memprotes harga minyak yang naik, tetapi tidak perlu melondeh seluar depan khalayak untuk menunjukkan protes. Matlamat yang baik, mesti melalui cara yang diredai Allah. Kuasa untuk menegak prinsip. Bukan korban prinsip kerana kuasa. Nabi SAW menolak tawaran kuasa oleh pembesar Mekah, apabila terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan. Biarlah perjuangan panjang dan lewat, asal ia bermatlamat. Sebab itu saya selalu mengulangi kata-kata tokoh umat yang besar, al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi yang pernah ditujukan kepada al-Ikhwan al-Muslimin.: “Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur. Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal…istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredaan Allah. Melaksanakan perintah-Nya dan menunaikan risalah-Nya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperoleh kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperoleh pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan… Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehnya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia – dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasihan kepada insan yang terseksa dan keinginan terhadap keselamatan manusia. Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah. (al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya rasa, prinsip-prinsip perjuangan Islam ini perlu kembali diingati oleh sahabat-sabahat yang pernah bertekad untuk mendaulatkan syiar Allah dan Rasul-Nya. Janganlah kerana terlalu banyak isu, lalu kita hilang halu tuju, sehingga lupa menyebut nama kita, matlamat perjuangan kita dan lebih utama keredaan siapa yang kita cari?

Perjuangan PAS… mana silapnya?

         Salam…

              Pernah  suatu  ketika  dahulu  ketika  aku  masih  belum  tahu  apa  politik  yang  sebenarnya, seorang  kawanku  bertanya  padaku,  kamu  menyokong  mana?  BN  atau  PAS?  Aku  menjawab  “aku  tidak  tahu,  mungkin lebih sahaja pada PAS…mungkin  BN.  Kamu  bagaimana?”.

“Aku….tidak  menyokong  mana-mana  pun.  Sebab aku  tidak  suka  dengan  kondisi  politik  sekarang  ini.  Kedua-duanya  ada  sahaja  masalah.  Politik  itu,politik  ini.  Masalah  itu…masalah  ini.PAS  pun  ada  main-main  bab  hukum-hukum…”   

Begitu  jawapan  kawanku.  Mudah  dan  ringkas.  Tetapi  sangat  sesuaikah  pemikirannya  dengan  Malaysia  sekarang  ini?  Adakah  dia  mahu  mewujudkan  atau  menyokong  sebuah  entiti  atau  pertubuhan  politik  yang  baru  dan  sangat  mantap?  Atau  apa  sebenarnya  yang  bermain  di  fikirannya  ketika  itu?

Perkara  itu  aku  masih belum dapat  kujawab  dihadapannya.  Cuma  apa  yang  dapat  kujawab  adalah  dengan  adanya  jawapan  dari  PAS  ini.  Kalau  ada  jawapan  dari  BN…mungkin  aku  akan  siarkan  sekali.  Mungkin…tetapi  apa kata  “buat  ‘kawanku’,  baca  artikel  ini”…biar  bagi  benar  fahamnya.  Semoga  dia  beroleh  pemahaman…

Perjuangan PAS : Tarbiyyah , Dakwah dan Siasah

Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi
Masih ada mereka yang tidak memahami , bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang
mengatakan perjuangan PAS salah , bida’ah , sesat , tidak mengikut sunnah , bercanggah dengan syariat , hanya
mementingkan politik dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS .
Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang
dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke ‘gaung dalam’ yang
membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam . [1]
Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku , bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi
nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar
menepati objektif dan ghayahnya ( matlamat ) [2] .
Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan
berasaskan syara’ .
Kepimpinan Ulama’ , Jawatan Kuasa Disiplin Parti , Muktamar Tahunan , Mesyuarat Dewan Harian , Mesyuarat Bulanan
, Mesyuarat Khas , Liqa’ Fikri , Tamrin , Mukhayyam , Kuliah Haraki , Usrah Mingguan , Konvensyen PAS Negeri , Ijtimak
Pilihanraya , Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi
syariat Ilahi dan sunnah an Nabawi .
Jika terdapat perbedaan dalam approach atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain , ini tidak
bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah.
Secara umumnya , wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar
kepada 3 ruang utama iaitu :
Tarbiyyah dan Pengkaderan ( pembinaan dan pembentukan )
Dakwah ( penerangan )
Siasah ( politik )
Tarbiyyah dan Pengkaderan .
Aset penting yang meletakkan PAS terus istiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan
pengkaderan yang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS .
Tarbiyyah digerak dan diaktifkan untuk membina :
· Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahlis sunnah wal Jamaah
· Fikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiri
· Syakhsiyyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbingan Rasulullah saw.
Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :
Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa .
Organisasi yang mantap dan hebat.
Tindakan yang strategic dan berkesan .
Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS , Lajnah Tarbiyyah dibentuk pada semua peringkat organisasi PAS , bermula
dari peringkat Pusat , Negeri , Kawasan bahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan – dewan seperti
Dewan Ulama’ , Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyyah antara Lajnah kanan yang
diberi tumpuan utama.
Aktiviti asas bagi melaksanakan cita – cita tarbiyyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah dipelbagai
peringkat ( kepimpinan atau ahli ) , tamrin , liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasa yang dilihat perlu dari
masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormati kepentingan kepelbagaian approach .
Kini PAS melalui Dewan Pemudanya pula menubuhkan Akademi Kepimpinan Pemuda yang akan berfungsi bersama
pelbagai modulnya untuk mengkaderkan kepimpinan pelapis yang berwibawa menepati karisma seorang pemimpin
Islam yang soleh.
Dakwah Ilallah ( Penerangan )
Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam , dakwah
telah menjadi aktiviti asas yang sangat principal sifatnya. [3]
Biarpun PAS menghadapi aneka halangan dan ancaman dari pelbagai pihak termasuk polis/FRU yang sering digunakan
oleh musuh – musuh Islam yang menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat , dakwah untuk
menginsafkan ummah agar kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan .
Ada dikalangan pemimpin PAS yang dibunuh , dipenjara , dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakan kerana
dakwah mereka . Namun segalanya tidak menghalang PAS dari terus melaksanakan amanah besar ini sebagai sebuah
Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masa depan ummah.
Tugas dakwah ini digalas oleh semua , dari Presiden hinggalah ahli biasa dengan peranan masing – masing
berasaskan keupayaan atau kemahiran mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing – masing.
Maudhu’ ( kandungan ) dakwah PAS sangat jelas [4] , menepati apa yang diajar oleh Allah swt. PAS mendekati semua
lapisan masyarakat . Bermula dengan masyarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan ummat yang
lesu hinggalah ulama’ yang bisu .
Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan
Pemuda sebagai Duta Kasih Sayang dan Penyelamat

 

Sambungan…perjuangan PAS,mana silapnya?

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :

1 : Dakwah Ammah ( umum )

 

Kuliah Agama , Forum , Seminar
Ceramah Umum , Muzakarah , Debat
Motivasi , Demonstrasi
Penerbitan Buku , Penerbitan akhbar ,
Edaran VCD , Edaran Risalah ,
Talk Show , Dialog dll

2 : Dakwah Fardiyyah . ( khas )

 

Pertemuan Tertutup
Ziarah dan Dakwah
Aktiviti Amal Kebajikan
Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepada kepentingan pengaruh individu dan politik . Biarpun sehari
selepas tamatnya pilihanraya , PAS telah memulakan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat , demikian juga sehari
selepas dibebaskan dari penjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya.
Sekalipun dakwah yang dibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit dari pelbagai pihak seperti
hukuman hudud , PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya dengan memberi penjelasan kepada masyarakat
mengenai peri pentingnya Negara kita melaksanakan undang – undang dan peraturan Islam itu.
Biarlah kita kehilangan undi popular dan sokongan ramai yang membawa kita kalah dalam pilihanraya , namun dakwah
untuk membawa Islam kesetiap pintu hati manusia tetap diteruskan.
Siasah ( politik )
Islam adalah agama yang syumul , merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik.

 

Mengasingkan politik dari
perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi saw. [5]
PAS meletakkan politik sebahagian dari tanggungjawab perjuangan yang mesti diperjuangkan.
Kini kuasa politik berada ditangan UMNO dan BN yang enggan melaksanakan syariat meskipun berbuih mulut mereka
mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam . Malah UMNO dan BN telah menyuburkan bumi Malaysia ini
dengan pelbagai maksiat dan mungkar yang telah dihalalkan melalui mazhab Islam Hadharinya.
PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik dari golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam dan PAS
telah berijtihad untuk menggunakan pendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah , dalam
usaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut.
Realiti ini membawa PAS mendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ianya sah untuk bergerak di
sisi undang – undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakui bahawa Islam tidak boleh dilaksana tanpa
kuasa politik. Justeru itu , penglibatan dibidang politik ( siasah ) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat
Islam ini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci .

KESIMPULAN

Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak perjuangan PAS. Mereka barangkali boleh untuk
tidak menyertai PAS , tetapi untuk mereka menolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidak adil.
Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikan perjuangan sucinya yang diasaskan sejak
tahun 51 yang lalu memerlukan alasan yang konkrit dan dalil yang pasti , bukan beralaskan emosi dan sentiment
perbedaan kumpulan.
Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan
sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti !
Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat , saya dan
seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu , janganlah tuduhan
melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.
[1] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam .
Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR .
[2] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah :
1 : Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya
nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah .
2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .
[3] HD*CF EFCE #E) J/9HF %DI ‘D.J1 H J#E1HF (‘DE91HA H JFGHF 9F ‘DEFC1 H #HD&C GE ‘DEAD-HF
” dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah
kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan.”
Surah ali – imraan : 104
[4] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha :
1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan
amalan .
2 . Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara
serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap
bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .
[5] AE’ D’ #5D DG AEG/HE H E’ D’ -’13 DG A6’&9 ‘D/JF #5D H ‘D3D7’F ,’13

” Agama adalah tapak dan pemerintah ( kedaulatan ) adalah pengawal , suatu yang tiada tapak pasti runtuh dan suatu
yang tiada pengawal pasti hilang .” – al Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin