Money Sense

Title: Money Sense: Getting start with your money

Publisher: AKPK(Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit),2008

IMG_0520.JPG

This book tells you about on how to managing the money on the right way and more efficiently. For me, it is important to have it one on the bookshelf at our home. If you say it that it is not possible to have it just because only tells the basic things ( management money start with zero), then you have to think it again. Ask yourself how is your money management nowadays? Have you make up clearly on your planned and follow the schedule in terms of paying back all your debt in time? Actually, many things (in management the money) that you are not concern about just makes you become worried in other days. There are lots of things you have to know anyway.

This book presented by the AKPK ( agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) , a unit that provided by the government with the intention of giving the understanding to the Malaysians consumer about the right way in managing the business and money. For them, providing this book is the small charity so that the people become awareness in managing their money.

As for the students from the university, this is the great chance for you to grab it. It just not serve you in managing the money, but also gives you the ideas and chance in investing your money for your own future. For Instance , In the part B from this book, it tells you about the passion in investment the money to the saving account. When you always done it, it will then will makes the money become increases cause by the saving the money plus added of dividend at the same time.

Where can we get it? Just get it from the nearest AKPK branch or BNM. I’m not sure if this book available at the book store, but you can check it out from time to time.

Madu…alternatif kepada perubatan moden

Buku: Ensiklopedia Rawatan penyakit dengan madu Lebah

Publisher: Al-Hidayah, 2007

Penulis: Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (‘A.Q.HA.S.)

IMG_0430.JPG

Aku sebenarnya pernah memikirkan akan untungnya membeli ensiklopedia ini. Harganya yang mencecah RM 35.00 senaskah itu cukup terbeban bagi saya untuk memilikinya (banyak lagi buku lain aku nak beli guna duit yang ada ni!). Dengan kulit luarannya yang berkulit tebal , muka suratnya yang mencapai sehingga 705 lebih, ianya wajar diberi harga sedemikian rupa. Tetapi apa salahnya kalau harga buku itu dikurangkan lagi sehingga 20-30%. Barulah senang bagiku ini untuk memilikinya. Tambahan pula aku bukannya seorang penuntut jurusan medical. Cuma baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam memahami dunia perubatan tradisional.

Melalui apa yang aku perolehi daripada membaca buku ini, banyak. Antaranya adalah memahami madu yang pernah disebut dalam surah An- Nahl itu sebagai penyembuh kepada manusia. Ia sebenarnya sudah pun didapati berkesan dalam mengubati pelbagai penyakit manusia dan juga sebagai makanan yang berkhasiat sejak zaman-berzaman lamanya. Malah Rasulullah ( Semoga Allah merahmati ke atas baginda) pernah bersabda dalam hadisnya bahawa makanan yang disukainya adalah makanan yang manis , seperti air sejuk yang dicampur dengan madu.

Keduanya, buku ini dapat menyenaraikan khasiat yang bukan sahaja terdapat pada madu, malah turut meliputi khasiat yang terdapat pada lebah dan sarang lebah itu sendiri, seperti propolis dan bisa lebah. Dalam bisa lebah, misalnya ia didapati berkesan untuk merawat penyakit berkaitan saraf dalam badan manusia. Boleh dikatakan ianya adalah rawatan alternatif lain yang baik dan patut dicuba selepas rawatan moden mahupun akupuntur.

Ketiganya, buku yang mana kandungannya adalah ensiklopedia bagai rawatan pelbagai penyakit itu dapat dijadikan panduan atau rujukan dari semasa ke semasa, andaikata adanya penyakit yang dihadapi pada tubuh badan itu sendiri.

Senjata orang mukmin

Buku: Senjata Orang Mukmin

Terbitan: Karya Bestari, 2008

Penulis: Abu Ruwais Al-Syubrawi

IMG_0432i.JPG

Buku ini adalah sebuah buku yang lebih berorientasikan kepada pengamalan seorang muslim dalam kehidupannya seharian sebagai seorang yang beragama Islam. Di dalamnya tersemat banyak panduan dan amalan yang sepatutnya daiamalkan oleh umat islam masa kini. Antaranya ialah adab berzikir dan berdoa, zikir dan doa di rumah, zikir ibadah solat, zikir pagi dan petang, zikir ibadah puasa, zikir ibadah haji dan juga doa harian.

Bagi saya, buku ini sememangnya patut ada di tangan setiap remaja Islam kini memandangkan ramai pemuda pemudi sudah kehilangan senjata mukminnya, terutamanya doa . Apa yang boleh dilihat daripada banyak-banyak sekalian pemuda pemudi di zaman ini ialah mereka banyak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti keduniaan , sehinggakan lupa untuk mengabdikan diri dengan sepenuh hati pada Khaliq alam ini. Jadi adalah tidak menghairankan apabila ada sahaja pemuda pemudi apabila selesai saja sembahyang wajib mereka, mereka terus keluar dari masjid atau surau tanpa berdoa terlebih dahulu memohon keredhaan-Nya.

pemuda pemudi di zaman ini banyak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti keduniaan , sehinggakan lupa untuk mengabdikan diri dengan sepenuh hati pada Khaliq alam ini.

Akan tetapi, hal ini ternyata merugikan bagi diri mereka kerana doa di kala ketika itulah adalah doa yang paling didengari oleh Allah. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad ( Semoga Allah merahmati baginda dan keluarganya) pernah ditanya : Doa manakah yang paling didengari (diterima)? Jawab baginda: Doa pada akhir malam dan setelah solat fardhu.1

Jika diselidiki dan dimengerti kan akan gejala negatif yang ada pada pemuda pemudi muslim ini, Hal ini tentunya disebabkan oleh terpukaunya mereka dengan gaya hidup yang semakin bebas dan teknologi yang tidak mengenal batas sehinggakan sukar membezakan antara hak dan batil. Keadaan ini jika dibiarkan akan merebaknya gejala sosial yang tidak diingini, antaranya sumbang mahram, penzinaan, homoseksual, rogol malah ada yang lebih dari itu…iaitu bunuh diri. Tetapi ianya telahpun berlaku di Negara Malaysia kini. Bunuh diri adalah yang paling hangat dibincangkan di dada akhbar dan majalah Islam baru-baru ini.

PS: Berdasarkan apa yang berlaku di Malaysia ini, wajarlah bagi diri kita untuk sama-sama berdoa agar kita (umat islam ini) dijauhi daripada segala gegala negative ini dan juga hasutan syaitan. Berdoalah juga agar kita dapat bagun kembali sebagai umat Islam yang bersatu padu dan maju menentang mereka yang cuba membolak-balikkan Islam. Selepas itu, terserahlah pada diri kita untuk memanfaatkan segala kurniaan yang Allah berikan ini, untuk digunakan dalam amar makruf nahi mungkar. Apa tindak tanduk (semestinya berdasarkan lunas-lunas Islam) , kondisi yang dilakukan secara berjemaah adalah lebih baik…

__________________________________________________________________________

1 Hadis Sahih Riwayat Al-Tirmizi

Ulat Buku

             Salam  perkenalan  kepada  sahabat-sahabat  sekalian.  Ini  adalah  kali  pertama  saya  menyumbangkan  diri  untuk  mengulas  sedikit  sebanyak  buku-buku  yang  pernah  saya  baca.  Sehingga  kini,  kebanyakan buku-buku  yang  saya  ulas  masih baru  dan  masih   ada  di  dalam  pasaran. Buku-buku  yang  saya  ulas  ini  mempunyai  pelbagai  latar  belakang  penerbitnya  seperti  PTS,  Serambi,  Telaga  biru,  Pustaka Darul Nu’Man,  Al-Hidayah,  Wira Bukit  dan  sebagainya.  Harapan  saya  sebagai  penulis  blog  di  sini  adalah  agar  dapat  mewujudkan  jaringan ’blogger’  pembaca  artikel  dan  juga  pembaca  buku   yang   seramai  yang  mungkin.  Ini  adalah bagi  memastikan  kesinambungan  dalam  menyampaikan  maklumat  yang  tepat  dan  jelas  dapat  dicapai. Insya’Allah.

 

 

 

Buku    :  Kunci  Kejayaan  MINDA 

Penulis : Dr.’Aidh Abdullah  Al-Qarni

Terbitan  :  Telaga  Biru

 

 

 

            Buku  hasil  penulisan  Dr’  Aidh  Abdullah  Al-Qarni  ini  sememangnya  menarik  untuk  dibaca  dan  sangat  baik  untuk  dimiliki  oleh  setiap  mereka  yang   inginkan  matlamat  dan  niat  mereka  tercapai  selari dengan  kejayaan –kejayaan  yang dibawa  oleh  umat-umat  islam  yang  terdahulu.  Selain itu,  kandungannya  tidak  hanya  untuk  dijadikan   sebagai  panduan  kepada  diri,  tetapi  ia juga  turut  boleh  dijadikan  sebagai  panduan  kepada  para  dai’e  dalam  menyampaikan dakwah  dalam  bentuk  pemahaman  yang  ringkas  dan  padat   mengenai  perjuangan  dan  ketabahan  para  sahabat,  tabi’n  dalam  membawa  dan  menyampaikan  risalah  islam  di  serata pelusuk alam. 

            Jika  dilihat  dari  kandungannya,  Dr’  Aidh  telah  membahagikan  kunci  ataupun  tips  dalam mencapai  kejayaan  minda   kepada  33  bahagian yang  merangkumi

 

            -Guru                                       -Pendakwah

            -Ibu  Bapa                              -Mufti

            -Pelajar                                   -Pengurus

            -Penulis                                  -Penasihat

-Cendekiawan

 

            Maklumat  dan  keterangan  yang  lebih  mengenai  buku  ini  boleh  anda  perolehi  melalui  http://www.telagabiru.net.my.                   

 

 

           

Buku  ini  adalah  berkisar  kepada  mutiara kata  yang  hebat

 

bersambung…..