Jejak Tokoh Islam

IMAM AHMAD BIN HAMBAL

Riwayat Hidup

1. Nama Sebenar – Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hambal bin Hilal. Keturunannya bertemu dengan Rasulullah pada neneknya – Nazar bin Ma-ad bin Adnan.

2. Lahir di Baghdad, bulan Rabiul Awal 164H 780M – Zaman Abbasiyah- Khalifah Muhammad Al- Mahdi. Ibunya bernama Safiah Maimunah Binti Abdul Malik As- Syaibani. Gelaran yang diperolehinya adalah Abu Abdullah kerana anaknya bernama Abdullah

3. Mazhab Imam Ahmad dikenali sebagai Mazhab Hambali bersempena dengan nama datuknya Hambal Bin Hilal Al-Syaibani.

4. Lahir yatim piatu dan miskin. Pusaka bapanya hanya sebuah rumah dan sehelai baju.

Kelebihan

1. Imam Ahmad amat berminat denagan ilmu pengetahuan. Sejek kecil mempelajari pelbagai ilmu seperti hadits, fikah dan ilmu Al-Kalam.

2. Pada ketika usia 16 tahun, beliau merantau ke Kufah, Basrah, Syam, Yaman dan tempat-tempat lain untuk menambah ilmu.

3. Digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis.

4. seorang Imam Mujahid- berkebolehan mengeluar fatwa dalam hukum Fikah.

5. Beliau seorang yang sangat kuat beribadat – solat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.

6. Imam Syafie berkata, ”Aku meninggalkan kota Baghdad. Aku tidak tinggalkan seorang yang lebih baik, lebih alim dan lebih tahu hukum-hukum fikah selain daripada Ahmad bin Hambal”:

Pendidikan

1. Sejak kecil mula mempelajari berbagai-bagai ilmu pengetahuan .

2. Ketika itu Baghdad telah muncul sebagai pusat perkembangan tamadun Islam. Berbagai aspek ilmu terdapat di sana sama ada ilmu keduniaanatau ilmu akhirat. Beliau turut mempelajari Ilmu bahasa, Falsafah dan sejarah.

3. Lebih menumpukan minat dalam bidang ilmu Al-Quran, hadis, fiqah dan ilmu Al-Kalam. Walau bagaimanapun beliau lebih dikenali sebagai tokoh ilmu hadis dan fikah.

4. Guru beliau antaranya Imam Syafie, Waqi’ bin Jarah, Sfian bin Uyainah, Kadi Abu Yusof, Basyar bin Al-Mufadal, Yahya bin Said dan lain-lain.

Ketinggian Akhlak

1. Sangat menghormati guru. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah ketika sakit, beliau bangun mengemaskan diri, menyambut gurunya, dan didudukan di tempat tinggi sementara dia duduk di bawah.

2. Tidak gemar bergurau senda dan abayak bercakap. Lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum.

3. Banyak bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang hartawan dan orang-orang berpangkat.

4. Tidak mengejar pangkat. Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan ini, tetapi ditolak oleh Imam Ahmad dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.

5. Sangat pemurah. Ketika Jirannya memberi sepinggan anggur berharga 3 dirham, beliau telah membalasnya dengan gula 10 dirham dan buah-buahan 3 dirham.

Ujian ke atas Imam Ahmad

1. Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid( Khalifah Abbasiyah) adalah penganut mazhab Muktazilah. Guru khalifah Al-Makmum, Abu Hazil. Khalifah Al-Makmum berpendapat bahawa Al-Quran Kalam Allah itu baharu. Baginda memaksa ulama-ulama yang takut lalu bersetuju. Namun imam Ahmad menolak pendapat ini.

2. Seorang ulamak, Ahmad bin Abi Daud mencadangkan kepada Khalifah Al-Makmum supaya Imam Ahmad dihukum. Baginda memenjarakan Imam Ahmad dan menyeksanya dengan cemeti hingga berdarah seluruh badan. Imam Ahmad menjalani penyeksaan dipenjara sehingga bergilir-gilir Khalifah memerintah, sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil (bermazhab Ahli sunnah )membebaskannya.

3. Khalofah Al-mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham kepada Imam Ahmad kerana kasihan kepada beliau yang telah tua dan diseksa. Wang itu diambilnya dan disedekahkan kepada fakir miskin.

Pemikiran Imam Ahmad

1. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah.

2. ’Fatwa-fatwa Sahabat ’ penting selepas Al-Quran dan As-Sunnah , kemudian ’qias ’.

3. Dalam ilmu kalam, beliau tidak terpengaruh dengan pendapat Muktazilah dan menolaknya ( tidak sesuai dengan pemikiran Ahli Sunnah Wal-Jamaah).

4. Di zamannya dipenuhi cabaran perkembangan ilmu yang pesat, berbagai-bagai fahaman yang bertentangan dengan pemikirannya dan dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Beliau berusaha mempertahan dan mengembangkan fahamannya.

Hasil Karaya/ Sumbangan

1. Karaya yang termasyhur- Al-Musnad.

2. Sumbangan yang lain- Tafsir Al-Quran, Kitab An-Nasakh al Mansukh, Taatul Rasul, Al-Mansik Al-Kabir, Wal Manasik, Al-Saghir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s