Labah-labah memenuhi ‘rumah mayaku’…

Ah…lamanya aku membiarkan blog ini bersawang…sesawang dengan pemikiranku yang yang agak buntu memikirkan idea yang bernas dan sesuai untuk pengisian blog…dan boleh ditatapi oleh sesiapapun. Hakikatnya, blog ini ku isikan pula sebagai fail bergerak (ataupun boleh dikenali sebagai ‘perpustakaan bergerak sendiri.bhd’) . Tiada kata-kata nukilan indah buatan sendiri ditulis…tiada ungkapan puisi…karya agung buatan sendiri dimadahkan …yang ada lebih kepada paparan ataupaun sumber yang diolah dari laman sesawang pemilik yang lain..dan juga serba sedikit ulasan daripada buku-buku yang pernah kubaca. Rugikah aku membuat begini…

Fikiranku mulai berkecamuk kembali…

Aku dan dua blog….halatuju yang perlu disampaikan.

Untuk pengetahuan umum, tuan punya blog ini memiliki dua blog. Satunya adalah azamtekad. WordPress. Dan yang satu lagi datangnya dari blogger iaitu travelogmuslim.blogspot.

Sekarang biar saya perincikan masalah dan kesudahannya (pada pandangan penulis ‘naïf’ ini) di sini…

Azamtekad.wordpress

IMG_1609ssa

Asas kemunculan blog ini adalah untuk menyampaikan dakwah dan bahan penulisan yang diperolehi sendiri dari sumber-sumber yang terdekat. Malahan saya turut juga menjadikan ia sebagai medan saya berkreativiti dengan menghasilkan gambar-gambar yang diolah secara lebih Islamic . Akan tetapi sejak adanya laman web seperti Iluvislam ,Halaqah, tadarus dan sebagainya yang lebih informatif , Islamik dan lebih dekat di hati , saya seakan hilang di dalam ‘alam maya ini ‘…sukar sekali untukku berfikir apakah bahan yang difikirkan sesuai untuk disampaikan .

Sejak dari itu…aku memikirkan blog ini sesuai untuk dijadikan ‘fail bergerak bagiku’ supaya mudah dirujuk pada masa-masa akan datang. Malahan ini turut benar ( pada pandanganku) bagi diri orang lain juga yang mencintai ilmu dan juga yang menjadikannya sebagai bahan ‘research’ untuk tesis-tesis mereka. Mudah-muahan aku memperoleh keberkatan dengan menulis kerana-Nya (ameen).

Rancanganku untuk menulis sebuah dua cerpen dan novel masih terus diusahakan. Bagiku, ianya sukar kerana memerlukan pengorbanan masa yang bukan sedikit, selain perlu membuat ‘research’ yang tidak terkira banyaknya. Pengalaman yang ada cukup membantu dalam menghasilkan cerpen ini. Apapun, insya’ Allah ia bakal dihasilkan. Kepada-Nya aku memohon harap untuk menghasilkannya.

Travelogmuslim.blogspot

travelog muslim

Kemunculannya adalah awal bulan Februari 2009. Tujuan ia dihasilkan adalah bagi menggantikan seharidenganpengalaman yang ditutup kerana pelbagai kekurangan yang ada padanya. Hakikatnya, travelogmuslim ini lebih merupakan cerita-ceriti tentang perjalanan dan pengalaman yang saya perolehi di merata-rata tempat yang saya kunjungi. Malahan, saya juga turut menggunakan blog ini untuk menyatakan ekspresi diri saya dalam melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan, sekalipun ianya perkara yang kecil. Akan tetapi, sepertimana juga azamtekad.wordpress, aku seakan ‘menghilangkan diri’ pula. Lebih 3 bulan aku tidak meletakkan entri terbaru. Hmm…memang salah tuan blog sendiri (hehe…).

Kebanyakan entri ada dalam tangan…cuma entrinya dah menjadi ‘outdate’ kerana gagal untuk disampaikan dalam tempoh yang telah difikirkan sesuai. Ai…tapi tak mengapa, saya akan cuba memperbaiki situasi ini dengan sebaik mungkin. (Gambatte-gambatte!)

Bagi ‘follower’ atau pengunjung yang mengunjungi blog ini, diharap dapat memberikan serba sedikit feedback dalam membantu peningkatan blog ‘mini perpustakaan bergerak’ ini.

UMAT ISLAM TAKLEH LEKA

shounenonmyouji_by_jeacn

Advertisements